‘Rover’ Bersejarah NASA Di Marikh Dikawal Oleh Saintis Ini Di Rumahnya Sahaja

Pandemik yang melanda dunia ketika ini telah memaksa segelintir pekerja untuk bekerja dari rumah. Namun kekangan tersebut bukan satu penghalang bagi para pekerja NASA untuk tidak meneruskan misi mereka untuk meneroka ruang angkasa lepas.

Baru-baru ini, NASA sekali lagi mencipta sejarah apabila mereka berjaya menghantar serta mendaratkan kereta peronda merakam video atau NASA’s Preseverance Mars rover di planet Marikh pada 19 Februari lalu. Difahamkan, misi ini telah menelan belanja sebanyak USD3 bilion dan percayakah anda bahawa NASA’s rover di Marikh ini sebenarnya dikawal dari rumah oleh salah seorang saintis NASA?

Bagi yang belum tahu, kenderaan NASA’s rover ini dikawal dari rumah oleh seorang doktor kelahiran India bernama Professor Sanjeev Gupta yang kini menetap di London. Difahamkan, beliau selaku salah seorang ketua saintis dalam misi ini sepatutnya perlu ke Jet Propuslion Laboratory di California untuk menjayakan misi ini. Namun, gara-gara pandemik ketika ini, beliau tidak boleh ke sana dan hanya bekerja dari rumah.

“Jika di sana, saya berkesempatan untuk berkerjasama dengan ratusan saintis dan jurutera. Tambah teruja, laporan video yang dihantar daripada NASA’ rover juga dapat dipaparkan menerusi skrin besar yang berada di situ.

“Namun disebabkan pandemik COVID-19 ini, saya disuruh NASA untuk bekerja dari rumah. Demi tidak mahu ganggu suasana tidur isteri serta anak-anak, saya mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah pangsapuri di Lewisham untuk dijadikan pusat kawalan NASA’s rover yang mini,” ujarnya ketika dihubungi wartawan Daily Mail.

Difahamkan, rumah pangsapuri itu dilengkapi dengan lima buah komputer dan dua buah skrin yang digunakan untuk tayangan panggilan video bersama-sama para saintis NASA yang lain. Misi kali ini dikatakan berjaya dan berikut merupakan beberapa perkongsian momen-momen indah di planet Marikh yang sempat dirakamkan oleh Professor Sanjeev menerusi kawalan NASA’s rover.

Menurut halaman India Today, Professor Sanjeev difahamkan tidak keseorangan malah hampir 400 orang saintis turut bekerjasama dalam menjayakan misi pengambilan sampel imej dan video di planet Marikh. Difahamkan lagi, kesemua sampel ini akan dihantar kembali ke Bumi menjelang tahun 2027 kelak. Jika anda diberikan peluang untuk mengawal NASA’s rover ini, terujakah anda?

NASA dakwa Matahari akan terbit dari sebelah barat? Baca lebih lanjut menerusi pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/dakwaan-matahari-akan-terbit-dari-sebelah-barat-adalah-palsu-lapor-nasa/

https://www.thevocket.com/nasa-dedah-ada-asteroid-gergasi-dekati-bumi-pada-bulan-mac-tahun-ini/

https://www.thevocket.com/nasa-kaji-asteroid-gergasi-yang-bernilai-rm41563418211000000000/

 

Sumber
Exit mobile version