NFT sudah menjadi kegilaan dunia lebih-lebih lagi buat mereka yang berduit kerana ini mampu memiliki sejumlah karya digital terkemuka yang kemudiannya bakal dijual pada harga yang lebih tinggi. Malah, artis-artis antarabangsa juga turut memeriahkan lagi arena kripto ini sekaligus meningkatkan lagi nilai sebahagian karya NFT yang dibelinya.

Terbaharu, Gary Vaynerchuck yang merupakan seorang usahawan internet sensasi pada hari ini telah mengumumkan tentang pembukaan restoran NFT pertama di dunia miliknya yang bertapak di New York. Restoran NFT tersebut dikenali sebagai Flyfish Club yang membawa tema makanan Jepun iaitu sushi.

Sumber Gambar: OpenSea

Restoran yang bakal dibuka ini hanya menerima kunjungi pelanggan yang memiliki token NFT yang dijual oleh beliau. Sebanyak 2,650 token biasa akan dijual pada harga 2.5 ETH (~RM33,200) yang mana memberikan akses kepada restoran dan kelab persendirian.

Sementara baki sebanyak 385 lagi merupakan token eksklusif Omakase yang ditawarkan pada harga 4.25 ETH (~RM56,000) dengan manfaat akses bilik peribadi yang hanya menempatkan 14 pelanggan pada satu-satu masa untuk memberikan pengalaman yang lebih eksklusif serta tahap keselesaan yang mengagumkan.

Sumber Gambar: Flyfish club

Malah, setiap ahli masih diperlukan membayar harga makanan yang dijual di dalam kelab walaupun sudah dikenakan yuran keahlian yang tinggi. Setiap orang berpeluang mendapatkan NFT Flyfish club tanpa mengira status dan ia juga boleh dipindahkan hak milik dengan penjualan semula NFT itu ke platform jual beli di luar sana.

Antara perkara yang dijanjikan oleh Gary Vee untuk pemilik NFT ini adalah setiap makanan bakal dihasilkan oleh tukang sushi terkemuka bersama bahan mentah yang segar sedia diterbangkan dari Jepun pada setiap hari. Bahkan, pemilik token ini juga masih boleh menjemput mereka yang tidak memiliki token untuk mengakses restoran tersebut.

Pada minggu lalu, dua anak billionair di Singapura juga sudah mencipta sebuah kelab eksklusif khas yang hanya boleh diakses oleh pemilik NFT.

Anak Bilionair Di Singapura Ini Cipta Kelab Eksklusif Khas Buat Pemilik NFT Sahaja

Jay Chou Bersama Ezek Berjaya Jual Koleksi NFT PhantaBears Dengan Nilai Mencecah RM41.9 Juta

Sumber