Rekabentuk Samsung Galaxy S10+ Sekali Lagi Tertiris

Sudah menjadi trend sejak beberapa tahun ini dimana rekabentuk dan spesifikasi telefon pintar seringkali kali tertiris dan dipertontonkan lebih awal sebelum pelancaran rasmi.

Pada model kali ini, Samsung menjanjikan perubahan serta inovasi terbaru melalui model mereka dimana model ini dijangkakan hadir dengan skrin Infinity-O. Selain itu, ura-ura mengenai Samsung Galaxy S10 yang hadir dengan skrin boleh dilipat semakin kuat melalui teaser yang dikeluarkan Samsung.

Sumber: Ausdroid

Dari segi spesifikasi, Samsung dijangka hadir dengan processor Exynos 9820, RAM 8 GB serta ruang storan 128 GB. Dijangkakan beberapa variasi bakal dikeluarkan melihat kepada pengeluaran model-model sebelum ini.

Menariknya, model Galaxy S10 yang bakal dilancarkan pada kali ini bakal hadir dengan pengimbas cap jari diatas skrin yang dikatakan lebih memudahkan pengguna.

Seperti juga model keluaran Samsung melalui siri Galaxy sebelum ini, model ini bakal hadir dengan beberapa variasi serta hadir dengan saiz skrin yang berbeza. Sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibuat Samsung sempena pelancarannya pada 21 Februari ini.

Sumber
Exit mobile version