realme Tersenarai Dalam Tiga Jenama Telefon Pintar Pilihan Pengguna Di Malaysia

Siapa sangka baru sahaja memasuki pasaran Malaysia sekitar dua tahun lalu, realme sudah berjaya menambat hati pengguna melalui penawaran telefon pintar dengan spesifikasi berbaloi beserta harga mampu milik.

Terbaharu, bersempena dengan ulang tahun ke-2 realme dalam pasaran Malaysia, jenama ini sekali lagi berjaya mencipta sejarah apabila berjaya tersenarai sebagai top 3 jenama pilihan telefon pintar bagi suku tahun kedua 2020.

Lebih membanggakan, realme Malaysia dilaporkan berjaya menguasai 15% pasaran di Malaysia serta meningkatkan 700% berbanding tahun lalu. Rekod yang diperoleh ini sekaligus membuatkan jenama ini lebih banyak digunakan pengguna berbanding beberapa jenama popular yang lain.

Mengulas mengenai pelan masa hadapan, jenama ini sedia untuk terus menawarkan model telefon pintar yang berbaloi buat pilihan pengguna. Penawaran telefon pintar dengan rangkaian 5G beserta pengecasan 125W UltraDart Charge antara yang bakal ditawarkan secara meluas.

Setakat ini realme sudah mulai ditawarkan secara global terdiri daripada lebih 20 pasaran serata dunia melibatkan China, India, benua Eropah dan juga Afrika. Diharap realme dapat terus konsisten dalam menawarkan telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki para pengguna.

Pada minggu lalu realme telah melancarkan model realme C12 yang hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh dengan harga RM529 sahaja.

https://www.thevocket.com/realme-c12-dengan-tri-kamera-dan-bateri-6000mah-dilancarkan-pada-harga-rm529/

https://www.thevocket.com/vocket-review-realme-x50-pro-5g-telefon-pintar-serba-lengkap-dengan-harga-rm2999/

 

Exit mobile version