Pengenalan siri realme Narzo adalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan peranti yang berprestasi tinggi pada harga mampu milik. Di Malaysia sahaja, pengguna sudah ditawarkan dengan beberapa model siri ini iaitu Realme Narzo 20, Narzo 20 Pro, Narzo 30A dan Narzo 30.

Terbaharu, realme sepertinya sudah melangkau daripada urutan bagi siri tersebut. Hal yang demikian kerana beberapa laporan telah mendakwa sebuah model dikenali sebagai Realme Narzo 50A yang kini tersebar di serata laman internet. Nama tersebut telah muncul di beberapa pangkalan data seperti NTBC Thailand dan Bureau of Industry and Security di India.

vocket-tech-news-narzo-1
Sumber Gambar: Gizchina

Menerusi penyenaraian berkenaan, berkemungkinan besar telefon ini bakal hadir tidak lama lagi. Model ini dijangka bakal ditawarkan dengan kamera utama sebesar 13 megapixel dan kamera swafoto pula hadir dengan 8 megapixel. realme Narzo 50A dijangka hadir dengan rangkaian 4G. Walau bagaimanapun, model dengan sokongan 5G mungkin ditawarkan kelak.

Setakat ini, masih belum terdapat informasi terperinci berkenaan tarikh pelancaran bagi model Realme Narzo 50A ketika ini. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak realme sendiri dalam merungkai tarikh sebenar untuk pengenalan model tersebut.

Pada hari ini juga, syarikat Nokia dengan tidak sengaja telah memuat naik video promosi model terbaru iaitu Nokia G50 di laman media sosial Instagram.

Nokia G50 Tertiris Secara Tidak Sengaja Sebelum Tarikh Pelancaran Rasmi

Nokia Dijangka Bakal Lancarkan Telefon Flagship Terbaru Sempena 11.11 Akan Datang

Sumber