Tahun Baru Cina bakal tiba dan nampaknya jenama telefon pintar yang semakin meningkat naik iaitu Realme tidak mahu melepaskan peluang untuk menawarkan angpau buat para pengguna melalui kempen ‘Angpau For You’.

Melalui kempen ‘Angpau For You’ yang bakal dijalankan pada 16 Januari sehingga 10 Februari ini, para pengguna berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik daripada Realme seperti telefon pintar daripada Realme, Olike, selfie stick daripada Oppo serta baucer khas daripada Lazada dan Shopee.

Screenshot_20180924-094009

Untuk menyertai peraduan ini caranya mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan model Realme di kedai berdekatan anda atau melalui Shopee. Seterusnya, klik link ini untuk maklumat lanjut.

Para pengguna juga perlu like page rasmi Realme Malaysia dan kongsikan status daripada Realme Malaysia untuk mendapatkan hadiah menarik dengan hashtag #RealmeCNY #RealmeAngpau.

Difahamkan sebanyak empat pemenang bakal dipilih setiap minggu. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda mendapatkan telefon pintar berbaloi daripada Realme sambil peroleh angpau. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Angpau For You’ anda boleh klik disini.