Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

realme selaku jenama yang semakin meningkat naik dalam pasaran Malaysia mahupun dunia pada hari ini telah melancarkan beberapa produk terbaru khusus buat para peminat.

Model yang dilancarkan pada kali ini diumumkan sempena realme 828 Fan Festival di mana para peminat jenama ini berpeluang meraih diskaun sehingga 70% menerusi produk-produk terpilih. Berikut merupakan tiga produk yang dilancarkan sempena pelancaran pada kali ini.

realme Pad X

Dikuasakan oleh processor Qualcomm Snapdragon 6nm 5G, realme Pad X merupakan tablet terhebat serta yang pertama dilengkapi dengan 5G daripada realme.

realme Pad X sedia ditawarkan dalam masa terhad ini dengan harga serendah RM1,399 di mana para pembeli berpeluang mendapatkannya menerusi laman rasmi Shopee realme bermula 23 Ogos sehingga 25 Ogos ini.

realme Watch 3

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Hadir dengan beberapa kemas kini terbaru, realme pada kali ini meneruskan siri realme Watch dengan melancarkan model terbaru mereka iaitu realme Watch 3. Model yang dilancarkan pada kali ini turut hadir dengan harga mampu milik iaituu serendah RM199 sahaja.

Fungsi seperti pengesanan nadi serta menjawab panggilan secara terus menggunakan Bluetooth yang tersedia. Anda boleh dapatkannya dengan harga promosi ini dengan klik di sini.

realme GT NEO 3T

Sebuah lagi model yang dilancarkan pada kali ini adalah siri realme GT Neo iaitu realme GT NEO 3T. Model yang dilancarkan pada kali ini hadir dengan rekaan penuh gaya serta memfokuskan kepada prestasi yang pantas buat para pengguna.

Lebih menarik, model realme GT NEO 3T yang ditawarkan pada kali ini berjaya ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu serendah RM1,599 sahaja.Para peminat boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Untuk pengetahuan, kesemua model yang dilancarkan pada kali ini sedia untuk didapatkan menerusi laman rasmi Shopee realme Malaysia bermula 23 Ogos sehingga 25 Ogos ini. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda dapatkan peranti berbaloi tanpa perlu berbelanja besar.

Tular baru-baru ini apabila wanita ini mendakwa wang sebanyak RM11,688 dalam bank beliau hilang dalam tempoh 2 saat sahaja.

Wanita Ini Dakwa Hilang Wang Dalam Akaun Bank Berjumlah RM11,668 Dalam Masa 2 Saat Sahaja

RM13,000 Lenyap Secara Tiba-Tiba Daripada Akaun, Doktor Ini Ucap Selamat Tinggal Kepada CIMB