Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat pihak syarikat pengeluar telefon pintar semakin aktif dalam mengeluarkan telefon pintar yang mementingkan aspek alam sekitar. Hal ini turut menjamin produk tersebut dapat dikitar semula atau dihasilkan daripada produk kitar semula.

Malah, aspek ini turut menjadi perhatian para pengguna seiring dengan perkembangan teknologi semasa. realme selaku jenama yang baru dalam industri telefon pintar nampaknya turut mementingkan perkara ini di mana jenama ini secara serius sejak dari tahun 2018 berusaha menghasilkan telefon pintar dengan teknologi kitar semula.

Segala usaha realme terjawab apabila jenama telefon pintar dengan perkembangan terpantas duna ini berjaya menawarkan model realme GT 2 Pro sebanyak lebih 1,000 unit seawal 24 jam pertama penjualan di Shopee. Hal ini turut menobatkan realme GT 2 Pro sebagai telefon pintar terlaris di Shopee menerusi kategori RM2,500 dan ke atas.

Rekaan realme GT 2 Pro yang unik

Di sebalik pakej lengkap yang ditawarkan, salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai mengenai realme GT 2 Pro adalah rekannnya yang unik di mana menggabungkan aspek seni, perhormatan dan cinta kepada alam sekitar.

Menerusi inspirasi sebagai pereka industri terkenal dunia iaitu Naoto Fukasawa, beliau melabelkan rekaan yang tersedia pada realme ini sebagai Paper Tech Master Design sekaligus membuatkan pengguna merasa seolah memegang telefon pintar dengan kemasan kertas yang ringan, premium dan kemas.

Bukan itu sahaja, realme nampaknya serius dalam menjaga alam sekitar menerusi kolaborasi bersama SABIC dalam menghasilkan telefon pintar dengan kadar penggunaan karbon yang rendah.

Penawaran spesifikasi yang memukau

Di sebalik rekaan yang menarik perhatian ramai, model ini juga nampaknya turut memfokusken kepada penawaran spesifikasi terbaik buat para pengguna. realme GT 2 Pro hadir dengan penggunaan processor terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 beserta sistem penyejukan vapor cooling dalam menjamin model ini sentiasa dalam keadaan yang sejuk untuk penggunaan.

Bukan itu sahaja, penawaran model dengan spesifikasi berbeza iaitu RAM 8/12 GB beserta ruang storan bermula daripada 128GB sehingga 512GB antara yang membantu pengguna membuat pilihan mengikut bajet yang ditetapkan.

Model ini juga turut disertakan dengan sensor kamera Sony IMX 766 beserta sokongan OIS. Sokongan sensor 50-megapixel antara yang ditawarkan menerusi lensa lebar dan ultra lebar manakala sensor 3-megapixel ditawarkan buat lensa mikroskop.

Kamera hadapan model ini sedia dilengkapkan dengan sensor 32-megapixel dalam membantu pengguna mendapatkan gambar swafoto yang menarik serta bebas daripada masalah kabur pada setiap imej yang diambil.

Melihatkan kepada spesifikasi yang ditawarkan, tidak mengejutkan realme GT 2 Pro berjaya dijual dengan laris menerusi tanda harga yang ditawarkan.

Para pengguna yang berminat untuk menyokong perjuangan realme dalam menjaga alam sekitar mahupun mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi hebat pada harga mampu milik ini boleh mendapatkannya menerusi Shopee realme Malaysia dan laman rasmi realme Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai perkembangan realme Malaysia dengan ikuti Facebook realme Malaysia untuk lebih banyak informasi mengenai jenama yang mendapat tempat di kalangan pengguna di Malaysia ini.

Tular pada minggu ini apabila terdapat netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapati program ePemula yang dikhususkan buat para pelajar yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara offline sahaja.

Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’