realme sudah menjadi jenama yang dipercayai oleh pengguna tempatan yang mana menawarkan peranti serba canggih dengan harga berpatutan. Menerusi peranti realme, ramai orang berpeluang memainkan permainan berprestasi tinggi seperti PUBG Mobile dengan lancar.

Oleh itu, realme telah menjemput semua peminat di Malaysia untuk meneroka peluang untuk menjadi pemain bertaraf profesional e-Sukan di rantau Asia Tenggara menerusi kolaborasinya dengan PUBG Mobile pada Jun ini. realme buat pertama kalinya mengadakan kejohanan khas ini buat peminat realme dan PUBG Mobile di rantau Asia Tenggara.

Sumber Gambar: realme Malaysia

Bermula 30 Mei, liga realme akan memulakan pengambilan pasukan yang terdiri daripada lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Kemudian pada 10 Jun pula, para pemain dialu-alukan untuk menyertai liga realme bersama rakan sepasukan masing-masing.

Pemain boleh bersaing dengan pemain dari seluruh Asia Tenggara dan berpeluang memenangi hadiah utama yang berupa wang tunai sebanyak RM8,000 dan pelbagai telefon pintar realme dan produk lain. Kini anda boleh mendaftar menerusi pautan di sini.

Pada awal tahun ini, Soloz selaku ikon e-Sukan Malaysia telah menerima pingat khas atas kejayaan menaikkan industri e-Sukan tempatan.

Berjaya Naikkan Industri E-Sukan Tempatan, Soloz Terima Pingat Jasa Kebaktian, Negeri Sembilan

Jepun Bakal Membuka Sekolah Menengah Fokuskan E-Sukan Seawal Tahun 2022

Sumber