Selepas berjaya melancarkan rangkaian produk baharu dibawah siri realme AIoT, realme Malaysia nampaknya bakal meneruskan momentum mereka dengan melancarkan model terbaru iaitu realme C11.

Menerusi model terbaharu ini, realme memaklumkan realme C11 bakal menjadi model pertama dengan penggunaan processor MediaTek Helio G35.

104353446_2426733817624606_8492044446274466918_o (1)

realme-c11-02-1024×733

Mengulas mengenai spesifikasi lain, model ini djangka hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu sehingga 5,000mAh dengan sokongan pengecasan sehingga 10W. Selain itu, model ini dijangka bakal mengikut jejak langkah realme yang hadir dengan harga yang berbaloi dan mampu milik.

Setakat ini masih belum diketahui dengan lebih lanjut mengenai kamera yang bakal disertakan pada realme C11. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada jenama yang semakin meningkat naik ini.

Ketahui juga lima produk baharu realme AIoT yang ditawarkan dengan harga promosi serta berbaloi untuk dimiliki. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

https://www.thevocket.com/5-produk-baharu-realme-aiot-yang-ditawarkan-dengan-harga-promosi/

https://www.thevocket.com/vocket-review-realme-hantar-kotak-misteri/