realme Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa mereka akan menawarkan sebuah telefon pintar edisi khas hasil kolaborasi bersama permainan terkemuka, Free Fire. Model realme 9 Pro+ ini bukan sahaja menampilkan gaya hidup, malahan boleh memenuhi kehendak permainan yang berprestij.

Dengan membawakan realme 9 Pro+ 5G edisi Free Fire, anda boleh menikmati spesifikasi yang mantap serta terdapat beberapa perubahan pada kosmetik selain penawaran beberapa bahan promosi pada kotak pembelian. Dari segi kosmetik, bahagian panel belakang terdapat gabungan elemen gaming seperti perkataan booyah dan juga corak unik padanya.

Sumber Gambar: realme Malaysia

Sementara spesifik dalaman pula, model ini hadir dengan skrin paparan bersaiz 6.4-inci Super AMOLED dengan sokongan refresh rate 90Hz. Model edisi terhad ini juga terhad kepada varian memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri berkapasiti 4,500 mAh bersama sokongan pengecasan pantas 60W.

Sumber Gambar: realme Malaysia

Buat masa ini, harga jualan masih belum diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan hari pelancaran rasmi di Malaysia pada 18 Mei ini. Anda boleh menyertai pelancaran tersebut secara langsung di dalam talian menerusi laman rasmi Facebook realme Malaysia pada tarikh berkenaan.

Tahukah anda model reamle GT 2 Pro muncul sebagai telefon pintar terlaris di Shopee menerusi kategori RM2,500 dan ke atas?

realme GT 2 Pro Sudah Berjaya Cipta Rekod Penjualan Di Shopee

3 Langkah Mudah Anda Boleh Dapatkan realme Smart TV Secara Percuma

Sumber