Razer telah memperkenalkan aksesori terbaru menerusi projek terbaru yang dikenali sebagai Project Hazel iaitu sebuah topeng pelitup muka pintar konsep sejak beberapa bulan yang lalu.

Terbaharu, syarikat ini menerusi Project Hazel akan mula menawarkan topeng berkenaan yang dinamakan sebagai Razer Zephyr menerusi ujian beta yang kini dibuka kepada mereka yang berminat.

vocket-tech-news-razer-header-1
Sumber Gambar: Slashgear

Pelitup muka pintar ini bakal hadir dengan penapis N95 di kedua belah bahagian pipi berserta jalur lampu LED RGB yang boleh dinyalakan apabila dalam keadaan gelap.

Bahagian rangkanya pula diperbuat daripada plastik separa lutsinar untuk memudahkan baca pergerakan bibir sewaktu berkomunikasi. Pada bahagian penapis juga disertakan pembesar suara kecil dan mikrofon untuk memastikan percakapan yang dihasilkan lantang dan jelas.

Buat anda yang berminat untuk menyertai ujian beta ini, anda boleh mengisi borang secara dalam talian di laman web Razer. Dikhabarkan produk ini akan ditawarkan secara komersial sekitar bulan Oktober ini namun masih belum disahkan lagi oleh pihak Razer buat masa ini.

Sementara itu, syarikat Vyzr Technologies sudahpun menawarkan pelindung muka bangsawan yang mampu menghalang semua jenis virus di udara.

BioVYZR, Pelindung Muka Bangsawan Yang Mampu Halang Semua Jenis Virus Di Udara

https://www.thevocket.com/abstrax-buka-tempahan-topeng-muka-kn95-edisi-khas/

Sumber