Walaupun Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat pulang ke kampung, tiada kunjung-mengunjungi, tiada rumah terbuka dan tak lupa juga yang beraya berseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan Aidilfitri dengan gembira!

PKPB tidak menghalang rakyat Malaysia untuk membuat persiapan lebaran untuk menaikkan semangat mereka. Yelah, raya kan setahun sekali? Ada yang beli sofa, ada yang beli TV baru dan ramai juga yang beli handphone baru!

Screenshot-2020-06-04-at-3.21.55-AM

Cakap tentang handphone, tahu tak anda boleh dapatkan smartphone yang mempunyai ciri-ciri terbaharu tapi dengan harga hanya RM559?

Padankan baju raya anda dengan HUAWEI Y6p

Screenshot-2020-06-04-at-2.56.23-AM

Selain baju raya yang onz, penting jugak untuk anda ada aksesori yang cantik seperti smarphones baru untuk digayakan sepanjang Syawal ini. Sebab itu HUAWEI Y6p antara pilihan yang tepat!

Ia datang dalam 3 warna yang boleh dipilih untuk dipadankan dengan baju raya anda. Bolehlah matchy-machy! Antara warna yang ada ialah Phantom PurpleEmerald Green dan Midnight Black. Rare habis!

ob-uawei-1200×600

Skrin besar, memang puaslah bila video call dengan tersayang

Screenshot-2020-06-04-at-3.00.27-AM

Walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara, terima kasih kepada skrin sebesar 6.3 inci dan resolusi 1600×720 HUAWEI Y6p, anda confirm puas hati bila video call dengan ibu bapa. Nak bersyahdu minta maaf ketika pagi raya pun mudah. Semua orang masuk frame, tidak ada yang tidak nampak!

batt-ob

Baterinya yang tahan lama juga sangat-sangat membantu! Yelah, anda bukan nak call sorang sahaja. Adik-beradik, pakcik, makcik, atuk, nenek, semualah nak call! Dengan bateri yang berkapasiti sehingga 5000mAh ini sure buat anda cakap berjam-jam!

Rakam memori di hari raya. Tak dapat balik, tengok gambar & video pun sudah cukup!

huhuuhuh-huawei

Antara perkara yang lain yang penting ketika hari raya ialah gambar! Memori ketika hari raya sememangnya tidak boleh ditukar ganti dengan hari-hari lain.

Screenshot-2020-06-04-at-3.13.59-AM

HUAWEI Y6p dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Memang tiada masalah untuk anda rakam momen-momen di hari lebaran. Yang penting, jangan lupa kongsikan gambar-gambar anda itu dengan keluarga.

Dengan storage sebesar 64GB, anda bukan saja boleh rakam memori raya dan OOTD, tapi boleh juga simpan OOTD dan video-video dari saudara-mara anda tau. Anda juga boleh simpan video memasak yang mak anda send. Senanglah nanti bila masak makanan raya sendiri!

hauwei-y6nfjoewnfiemf-2

Yang lagi best, anda yang beli HUAWEI Y6p boleh dapat 15GB cloud storage secara PERCUMA selama 12 bulan! Syoknya! Bolehlah save semua video yang anda dapat. Bila rindu, boleh tengok balik!

Walaupun tidak jumpa, duit raya tetap kena bagi. Sekarangkan zaman cashless!

Hari-Raya-Norma-Baharu-Bersama-Huawei-Y6p_2-e1591210716204

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai! Setiap peranti HUAWEI termasuklah model baharu, HUAWEI Y6p dilengkapi dengan AppGallery!

obbb-huawei-630×354

AppGallery menawarkan beratus aplikasi terkini yang memberi kemudahan kepada penggunanya! Antara aplikasi popular yang ada dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost.

Alhamdullilah, syukur masih boleh hantar dan terima duit raya ketika PKPB ini!

Tidak boleh beraya takpe, anda boleh tonton filem bersama di rumah

viu-huawei-ob

Alang-alang tidak boleh beraya, apa kata anda tengok movie ataupun drama dengan dengan phone baru berskrin besar ini. Lagi best, pengguna HUAWEI Y6p juga ditawarkan pass Viu Premium secara percuma untuk 2 bulan!

Caranya sangat mudah! Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center!

viu-ob-630×354

Dengan adanya Viu Premium, anda dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan! Selain itu, anda juga dapat menikmati filem eksklusif khas untuk pelanggan Viu Premium.

Screenshot-2020-06-04-at-2.54.50-AM

Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HUAWEI Y6p di kedai rasmi HUAWEI secara atas talian atau di kedai fizikal!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi di sini dan Facebook HUAWEI Malaysia!

Sementara itu, apa kata anda klik pautan di bawah ini untuk ketahui tentang AppGallery.

https://www.thevocket.com/huawei-appgallery/

https://www.thevocket.com/rasai-pengalaman-pembelajaran-terunggul-hari-ini-dengan-huawei-matebook-x-pro/

https://www.thevocket.com/huawei-siri-p40-dianggap-smartphone-fotografi-dan-connectivity-terbaik-ini-review-kami/