Rakyat Malaysia Boleh Daftar Kelahiran, Kad Pengenalan Dan Perkahwinan ‘Online’ Mulai 2020

Sekarang semua di hujung jari dan pasti anda tahu yang kita sudah boleh perbaharui pasport secara atas talian. Mudah bukan?

Terbaharu, Jabatan Pendaftaran Negara telah membolehkan anda ganti kad pengenalan secara atas talian untuk memudahkan anda. Malah, Jabatan Pendaftaran Negara juga akan memperkenalkan satu aplikasi yang menawarkan satu perkhidmatan untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda.

Menerusi aplikasi tersebut, anda bakal boleh daftar kelahiran, kad pengenalan dan perkahwinan untuk bukan Islam secara atas talian mulai tahun depan. Akan tetapi, anda masih perlu untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengambil dokumen yang telah siap.

Pastinya ini satu inovatif yang baik daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk rakyat Malaysia. Adakah anda gembira dengan berita ini?

Anda tidak tahu bagaimana mahu ‘renew’ pasport secara atas talian? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/lelaki-ini-kongsi-cara-untuk-renew-pasport-secara-atas-talian/

https://www.thevocket.com/mykad-kini-boleh-dikeluarkan-sepantas-45-minit-melalui-unit-bergerak-jpn/

Sumber
Exit mobile version