Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’

Samsung Galaxy Note10 & Note10+ sudah pun berada di pasaran dan memang banyak sebab untuk anda mendapatkan peranti ini. Paparannya skrinnya yang cantik, kameranya yang handal, S Pen yang sangat berguna dan pelbagai lagi fungsi hebat yang ada membuatkan Samsung Galaxy Note10 & Note10+ peranti yang berada di kelasnya yang tersendiri.

Buat anda yang kerap travel dan on the go, Samsung Note10 adalah peranti untuk anda! Berpeluang untuk mencuba sendiri peranti ini, kami kagum dengan kehebatan Note10 untuk merakam video dengan sangat baik. Fungi ‘Super Steady’ untuk Galaxy Note10 & Note10+ telah dipertingkatkan dan walaupun tanpa menggunakan handheld gimbals, video yang anda rakam kekal cantik dan tidak bergetar teruk. Ini kami memang suka! Untuk tip merakam video yang awesome, anda tonton video ini terlebih dahulu.

Menambah kegembiraan kami adalah fungsi terus sunting setiap video yang anda rakam yang terdapat pada Galaxy Note10 & Note10+. Lebih menarik, anda tidak perlu pun install aplikasi luar yang lain kerana Samsung sudah siap sedia fungsi edit ini pada peranti ini. Shoot dan terus sahaja edit!

Berbeza dengan peranti lain, S Pen sangat membantu dalam proses suntingan video ini. S Pen sebenarnya bantu accuracy untuk anda memotong video pada saat yang tepat. Untuk suntingan yang lebih detail, anda boleh muat turun aplikasi Adobe Rush yang akan memberikan lebih pilihan suntingan untuk video anda.

Video editor Galaxy Note10 dan Note10+ ini juga membolehkan anda menampal beberapa video sekaligus untuk dijadikan satu projek video pendek yang menarik. Bukan itu sahaja, transition effect, tulisan pada video, license-free music dan penggunaan emoji semuanya sudah disediakan. Hanya perlukan kreativiti anda untuk hasilkan video yang hebat.

https://www.youtube.com/watch?v=W8Eu_jlVrUM

Galaxy Note10 & Note10+ akan memberi anda pengalaman lebih hebat ketika merakam dan menyunting video anda. Buat anda yang sememangnya seorang vlogger, ini adalah ‘senjata’ terbaru untuk anda gunakan. Lepas sahaja anda siap rakam, terus edit dan upload di YouTube. Semuanya semudah ABC.

Jika anda mahu fungsi editing yang lebih pelbagai, muat turun sahaja Adobe Rush (boleh dimuat turun di Galaxy Store). Anda tidak perlu risau dengan performance Note10 & Note10+ kerana dengan processor Exyos 9825 dan RAM 8GB (Note10) /12GB(Note10+) , proses suntingan anda akan kekal smooth dan pantas.

Jika anda sudah jatuh cinta dan Galaxy Note10, boleh terus ke mana-mana cawangan rasmi Samsung untuk cuba sendiri native video editor Note10 & Note10+ ini. Anda pasti menyukainya.

Kami sudah cuba sendiri Note10 ini beberapa minggu yang lalu dan nak tahu betapa awesomenya peranti ini, boleh lihat video review kami di bawah. Kemampuan video Samsung Galaxy Note10 & Note10+ memang terbaik.

Ini pula beberapa maklumat lanjut berkenaan Samsung Galaxy Note10 dan Note10+

https://www.thevocket.com/5-penambahbaikan-s-pen-samsung-note-10/

https://www.thevocket.com/samsung-lancarkan-note-10-dan-note10-dengan-harga-bermula-daripada-rm3699/

Exit mobile version