Syarikat Qualcomm sangat terkenal dengan penawaran cip pemprosesan Snapdragon yang dipakai pada majoriti telefon pintar Android. Cip pemprosesan yang dihasilkan telah memberikan peluang kepada pengguna untuk merasai pengalaman penggunaan yang lancar.

Terbaharu, Qualcomm mengumumkan penawaran sebuah telefon pintar yang digelar sebagai ‘Smartphone for Snapdragon’ dengan hasil kerjasama ASUS. Telefon pintar ini bakal hadir dengan saiz skrin 6.78-inci serta sokongan refresh rate 144Hz. Panel skrin pula dilindungi oleh Gorrila Glass Victus.

vocket-tech-news-snap-3
Sumber Gambar: Gmsarena

Model ini dikuasakan oleh cip pemprosesan berkuasa tinggi iaitu Snapdragon 888 berserta memori storan 16GB RAM dan saiz storan dalaman sehingga 512GB.

Bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W antara yang ditawarkan pada model ini. Kamera utama pula didatangkan dengan 64MP turut dilengkapi sensor 12MP ultrawide dan 8MP telefoto.

vocket-tech-news-snap-5
Sumber Gambar: Gmsarena

Penawaran Smartphone for Snapdragon ini dijangka akan bermula sekitar bulan Ogos di beberapa negara terpilih pada tanda harga $1499 (~RM6328).

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana prestasi model sulung daripada Qualcomm ini beraksi.

Tahukah anda bahawa Qualcomm dijangka bakal menawarkan cip Snapdragon 895 pada akhir tahun ini.

OnePlus Mengaku ‘Terpaksa’ Kurangkan Prestasi Demi Penjimatan Bateri

Cip Snapdragon 895 Terbaru Daripada Qualcomm Dijangka Bakal Ditawarkan Pada Akhir Tahun 2021

Sumber