Syarikat Tesla dilihat bukan sahaja bakal menawarkan kereta elektrik semata-mata, malah kini mereka sedia memperluaskan kebolehan mereka ke dalam arena robotik pula. Sebelum ini sudah pun diperlihatkan robot berbentuk manusia yang dinamakan sebagai Optimus pada tahun lalu.

Elon Musk kini telah mengumumkan hari mendemonstrasikan produk AI daripada Tesla sedia dijadualkan pada 30 September ini. Menariknya, mereka juga menyasarkan untuk memperlihatkan prototaip robot Optimus ini pada tarikh berkenaan.

Sumber Gambar: Youtube

Tesla sebelum ini telah mempamerkan secara kasar rekaan robot mereka dan mengatakan robot tersebut boleh membantu manusia dalam melakukan tugasan harian yang berulang seperti membeli belah dan seumpamanya.

Semestinya robot ini dikawal oleh sistem kecerdasan buatan AI yang sama seperti yang sedang dibangunkan oleh Tesla untuk digunakan oleh kereta elektriknya. Robot ini juga dilihat sebagai solusi kepada pengurangan risiko menghadapi tugasan bahaya yang terdapat di dalam rutin seharian manusia pada masa kelak.

Selain itu, Elon Musk juga dilaporkan bakal menawarkan penerbangan ke marikh dengan harga tiket sekitar RM425,000.

Dianggap ‘Mampu Milik’, Elon Musk Bakal Tawarkan Penerbangan Ke Marikh Pada Harga RM425,000

Didakwa Sengaja ‘Memburukkan’ Twitter, Pemegang Saham Failkan Saman Terhadap Elon Musk