Bekerja dalam tekanan yang tinggi tanpa rehat jelas terbukti bakal memberi kesan kepada kesihatan mental buat seseorang pekerja. Hal ini sering kali golongan ‘frontliner’ semasa pandemik COVID-19 yang sering kali bergelut dengan kesihatan dan keselamatan orang ramai sekaligus mendesak untuk bekerja dalam tempoh panjang serta memenatkan.

Dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan mental para frontliner, Bosch sebagai pembekal teknologi dan perkhidmatan telah melancarkan Projek Well-being Haven di bawah kolaborasi dengan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV).

Projek Well-being Haven yang diasaskan ini menyasarkan penambahbaikan persekitaran kerja untuk frontliner kesihatan dengan menyediakan kawasan pemulihan sesuai yang dilengkapi penyelesaian dan teknologi Bosch.

Kecenderungan ruang berehat yang kondusif telah dibuktikan dalam satu kaji selidik yang dilaksanakan oleh Bosch di kalangan hampir 2,000 orang petugas penjagaan kesihatan di Malaysia.

Demi menyahut keperluan tersebut, Bosch telah menerajui projek ini dengan menaik taraf ruang istirahat yang sedia ada kepada ruang yang memberikan ketenangan dan suasana kondusif untuk berehat serta mengembalikan tenaga.

Menurut kajian Bosch, 82% petugas penjagaan kesihatan Malaysia mengesahkan peningkatan kerja lebih masa dan syif malam semasa pandemik.

Dibina dengan menggunakan alat berkuasa Bosch, ruang Well-being Haven
dilengkapi dengan dapur mini ergonomik termasuk ketuhar gelombang, mesin kopi terbina dalam dan peti sejuk daripada siri perkakas rumah Bosch bersama dengan suasana tenang daripada muzik yang dimainkan langsung menerusi telefon peribadi yang dihubungkan melalui Bluetooth kepada pembesar suara Evolve Electro-Voice dari Teknologi Bangunan Bosch.

Pembekal teknologi kesejahteraan terkemuka di Malaysia, Ogawa juga menyumbangkan kepada projek yang bermakna ini dengan menaja sebuah kerusi urut yang menyempurnakan bilik tersebut.

Pada kemuncak pandemik pada Ogos 2021, Malaysia mencatatkan lebih daripada
25,000 kes setiap hari secara purata dan menyebabkan petugas barisan hadapan
penat lelah akibat daripada kekurangan ruang istirahat yang selesa dan lebih-lebih lagi ketakselesaan yang timbul daripada pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sepanjang waktu kerja.

 

Walau bagaimanapun, sumbangan dan pengorbanan mereka yang tidak kenal erti lelah dalam melaksanakan vaksinasi dan rawatan semasa pandemik adalah penggerak utama kepada status endemik kini di Malaysia.

Sementara tekanan pandemik telah beransur lega, 84 peratus daripada petugas barisan hadapan masih mengharapkan ruang kondusif untuk beristirahat seketika menurut penemuan kaji selidik Bosch.

Sunway Velocity memaklumkan Well-being Haven ini dilancarkan
bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga buat hospital tersebut.

Untuk pengetahuan, hospital ini menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan tertiari yang komprehensif dengan kapasiti sebanyak 234 buah katil, 62 suite perunding perubatan dan enam dewan bedah mengikut reka bentuknya.

Perkhidmatan perubatan yang ditawarkan termasuk kemudahan dan teknologi perubatan terkini kepada pesakit luar dan penjagaan khusus pesakit dalam, program kesihatan serta kesejahteraan selain daripada perkhidmatan kecemasan 24 jam.

Demi meningkatkan kesedaran projek ini, Bosch akan menganjurkan simulasi Well-being Haven di Sunway Velocity Mall dari jam 10 pagi pada 29 September hingga jam 10 malam pada 2 Oktober dalam memberi pendedahan kepada orang ramai.