Kerajaan telah mengumumkan sebuah program yang dikenali sebagai PerantiSiswa Keluarga Malaysia menerusi pembentangan belanjawan 2022 pada tempoh hari lepas. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan sebuah tablet buat setiap pelajar B40 institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Terkini, SKMM telah berkongsi maklumat lanjut berkaitan inisiatif PerantiSiswa yang bakal ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa yang berlatar belakangkan keluarga B40. Kerajaan sedia memperuntukkan sebanyak RM450 juta yang boleh dinikmati lebih daripada 600,000 pelajar di seluruh negara kelak.

Sumber Gambar: Twitter

Kerajaan bersama dengan sejumlah syarikat telekomunikasi yang terlibat merangkumi Celcom, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, YTL dan Digi bakal menawarkan pakej kepada pelajar kelak. Pakej yang disediakan ini membolehkan pelajar untuk mengikuti kelas pengajian dalam talian, mencari bahan pembelajaran dan berhubung bersama keluarga tersayang.

Dalam masa yang sama, SKMM mengatakan pendaftaran pakej ini mulai dibuka pada suku tahun kedua 2022 kelak. Sama-sama kita nantikan informasi susulan mengenai pakej serta cara penerimaan tablet berkenaan dari semasa ke sesama.

Sementara itu, berita gembira buat penduduk sekitar Kuala Lumpur kerana berpeluang menikmati rangkaian 5G tidak lama lagi.

Penduduk Sekitar Kuala Lumpur Berpeluang Menikmati Rangkaian 5G Seawal Akhir Tahun Ini

DNB Menyasarkan Kelajuan 5G Sekurang-Kurangnya 100Mbps Pada Akhir Tahun Ini

Sumber