Xiaomi sememangnya jenama yang disukai ramai. Penawaran barangannya yang pelbagai, mampu milik serta berteknologi tinggi membuatkan orang berminat untuk mendapatkannya baik dari produk melibatkan telefon pintar mahupun kelengkapan barangan elektronik.
Disebalik penawaran produk serta telefon pintar sejak 2014, masih terdapat lagi barangan Xiaomi yang tidak ditawarkan secara rasmi dimana para pengguna perlu mendapatkannya melalui pihak ketiga.
Terbaru, Xiaomi Malaysia telahpun bekerjasama bersama laman Shopee untuk menawarkan platform dimana anda berpeluang menempah barangan keluaran Xiaomi dari China.
Xiaomi Official Store Global launches on 21 May! All products sold by the Xiaomi-affiliated cross-border store on Shopee Malaysia are shipped from China with official quality certification.
Follow the store between 17-23 May for a chance to win Mi Band 3: https://t.co/rDWmGwvLPh pic.twitter.com/LV2FsePUsm
— Xiaomi Malaysia (@XiaomiMalaysia) May 17, 2019
Difahamkan produk yang dipesan bakal turut hadir dengan waranti daripada Xiaomi China walaubagaimanapun anda masih mendapatkan servis perkhidmatan melalui cawangan Mi seluruh Malaysia.
Selain itu, para pengguna perlu menanggung sebarang cukai atau duti import berkaitan produk yang dipesan. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan barangan Xiaomi, anda boleh dapatkannya di sini.