Prestasi Samsung Galaxy S10+ Gagal Tandingi Apple iPhone XS Max

Sudah menjadi tradisi dimana telefon pintar Apple dan Samsung dibandingkan. Melalui pelancaran Samsung Galaxy S10+ baru-baru ini, model ini berjaya mendapat pelbagai riaksi dikalangan peminat Android dan iOS. Penawaran teknologi yang memukau turut dibandingkan bersama Apple iPhone XS Max yang jauh lebih mahal.

Walaubagaimanapun, mengulas mengenai prestasi, Samsung Galaxy S10+ dengan processor Exynos 9820 nampaknya masih gagal untuk menandingi Apple iPhone XS Max yang sudah beberapa bulan di pasaran. Kenyataan ini dibuktikan melalui ujian benchmark daripada aplikasi Antutu 3D dan Geekbench 4.

Sumber: Samsung Galaxy S10+
Sumber: Amanz

Berdasarkan ujian, dapat dilihat Apple iPhone XS Max mempunyai kelebihan dari segi single-core dan multi-score dengan markah 4834 dan 11,430. Dari segi markah keseluruhan pula Samsung Galaxy S10+ berjaya memperoleh markah yang sedikit tinggi dengan markah 323,943.

Pada kami markah ini yang ditunjukkan ini tidak memberi sebarang kesan yang besar sebaliknya minat pengguna kepada sesuatu model atau sistem operasi lebih menjadi keutamaan. Kedua-dua model ini masih lagi menjadi pilihan yang terbaik buat pengguna Android dan iOS yang mahukan prestasi terbaik di dalam sebuah telefon pintar.

Sumber
Exit mobile version