Para pengguna tempatan sudah boleh mulai membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S22 sejurus ia dilancarkan pada 10 Februari lagi. Siri Galaxy S22 dilihat mempunyai permintaan yang agak tinggi di Malaysia oleh kerana merupakan penawaran peranti flagship terbaharu oleh syarikat tersebut.

Setakat peringkat pra-tempahan ini, kini ia memaparkan tarikh penghantaran untuk Galaxy S22, Galaxy S22+ dan juga Galaxy S22 Ultra pada 1 April 2022 kelak. Ini bermaksud jika kalau anda membuat pra-tempahan pada hari ini jua, ia masih memerlukan tempoh sebulan berikutnya sebelum boleh dicuba.

Sumber Gambar: Samsung

Sebelum ini, pihak Samsung masih memaparkan tarikh penghantaran pada 1 Mac 2022 dan pada hari ini pula dilihat sudah berlaku perubahan pada tarikh tersebut yang mana kini tertera 1 April 2022.

Buat masa ini masih belum diketahui sebab sebenar mengapa berlaku kelewatan terhadap penghantaran tempahan yang dibuat pelanggan. Terdapat kemungkinan perkara ini terjadi ekoran kekurangan stok untuk pasaran tempatan ataupun kerana masalah penawaran semikonduktor yang terhad sekaligus memperlahankan penghasilan peranti tersebut.

Sementara itu, pihak Intel juga dijangka akan menawarkan cip khusus untuk melombong kripto dalam menangani masalah stok GPU yang terhad di dunia.

Intel Bakal Tawarkan Cip Khusus Untuk Melombong Kripto Dengan Prestasi 1,000 Kali Lebih Baik

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Melombong Bitcoin Dijalankan Dalam Mendapatkan Ganjaran

Sumber