Sebelum ini, kita sudah pun mendengar tentang penyertaan sejumlah entiti tempatan seperti KFC sedia menawarkan NFT dengan fasiliti tersendiri. Kini giliran Pos Malaysia pula menyertai arena NFT dengan menawarkan setem edisi khas kepada peminatnya.

Terbaharu, Pos Malaysia Bhd melancarkan setem NFT  buat pertama kalinya untuk pengumpul bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022. Usahasama antara Apom ini adalah sebahagian daripada projek tahunan #EmpatBelas pada sambutan kebangsaan negara.

Sumber Gambar: Berita Harian

Edisi khas hanya dapat ditebus secara percuma apabila pengguna telah melakukan pembelian pada set #EmpatBelas yang mengandungi 14 setem fizikal yang telah direka oleh setiap artis mewakili setiap negeri di Malaysia.

Untuk makluman, terdapat 3,000 set setem tersedia dengan harga RM59 bagi setiap set menerusi penjualan secara dalam talian mahupun pada kaunter fizikal terpilih di Pos Malaysia.

Sumber Gambar: The Star

Para peminat boleh mulai membuat pembelian set setem fizikal edisi khas ini  bermula 12 September dan boleh menebus satu daripada 14 setem NFT sehingga 31 Oktober kelak.