Jenama Poco sekali lagi membuat kejutan dengan kehadiran model Poco M3 Pro 5G untuk pasaran Malaysia. Kali ini Xiaomi memperkenalkan Poco M3 Pro 5G sebagai  telefon pintar bajet yang terbaru untuk jenama ini.

Rekaan model Poco M3 Pro 5G ini kelihatan seakan akan Redmi Note 10 5G yang baru sahaja dilancarkan. Skrin yang tersedia berukuran 6.5- inci FHD+. Selain itu, model ini didatangkan dengan cip pemprosesan Mediatek Dimensiti 700 yang mampu menyokong dual-sim 5G serta mampu menawarkan kelajuan sehingga 2.2 Ghz .

Vocket-Poco-M3-Pro-5G-konten-1

Antara ciri – ciri lain yang dapat pada model ini juga ialah fungsi NFC, IR blaster, 3.5 mm headphone jack dan juga side-mounted fingerprint sensor. Bateri pula berkapasiti 5,000mAh disertakan dengan pengecasan pantas sehingga 18W. Bahagian kamera hadir dengan sensor utama 48-megapiksel dilengkapi dengan sensor 2MP makro dan 2MP kedalaman.

Terdapat 2 versi yang akan hadir untuk pasaran Malaysia iaitu versi 4GB RAM serta 64GB storan dalaman berharga RM699 dan versi 6GB RAM serta 128GB storan dalaman pada harga RM799. Peranti ini juga didatangi dengan 3 variasi warna yang menarik iaitu Poco Yellow, Power Black dan Cool Blue.

Vocket-Poco-M3-Pro-konten-2

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan model Poco M3 Pro 5G ini dengan harga diskaun sebanyak RM100 bagi kedua – dua versi bagi 4GB/64GB ataupun 6GB/128GB dengan membeli pada waktu early-bird hanya di Shopee dari 6 Jun sehingga 7 Jun sahaja. Anda juga boleh melayari laman Facebook Rasmi Poco Malaysia untuk info lanjut.

Siri Redmi Note 10 telah berjaya dijual lebih dari 500,000 unit dalam tempoh 50 minit pada baru – baru ini.

Redmi Note 10 Terjual Lebih 500,000 Unit Dalam Tempoh 50 Minit

Xiaomi Perkenalkan Teknologi Pengecasan 200W Bolehkan Cas Penuh Peranti Sepantas 8 Minit