Kementerian Kerja Raya Malaysia pada hari ini telah mengumumkan kaedah pembayaran tol yang digunakan ramai iaitu kad Touch ’n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuh raya.

Difahamkan langkah ini dibuat dalam membolehkan para pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar seiring dengan perkembangan teknologi kini menerusi penggunaan RFID.

Sumber: The Star

Pemilihan ini dibuat seiring dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakan laluan tol tanpa palang dalam beberapa tahun lagi sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Sebelum ini pihak PLUS turut memaklumkan akan memperbanyakkan laluan tol dengan kaedah pembayaran RFID dalam memudahkan pengguna. Melihat kepada perkembangan yang dibuat pihak kerajaan dan PLUS, pastinya pengguna lebuh raya perlu bersedia dalam menggunakan RFID pada kereta yang dipandu.

Ketahui juga cara menyemak baki Touch ‘n Go dalam kad pengenalan secara dalam talian dengan mengikuti langkah mudah dengan klik pautan di bawah ini.

Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja

Sudah Mulai Ditawarkan Di Malaysia, Ketahui 3 Kelebihan ATM Bitcoin Buat Para Pengguna