Lama dinantikan peminat sejak sejak beberapa tahun lalu, Sony akhirnya telah melancarkan konsol Sony PlayStation 5 (PS5) pada November 2020. Konsol yang dilancarkan pada musim pandemik ini nampaknya bukan penghalang buat Sony untuk menawarkan model terbaru kepada para peminat.

Menerusi laporan terbaru yang dikeluarkan, Sony dilaporkan telah berjaya menjual lebih 10 juta unit konsol PS5 hanya dalam tempoh sekitar 8 bulan sahaja secara tidak langsung menjadikan model ini sebagai konsol terlaris pernah ditawarkan Sony.

Sony PS5
Sumber: The Star

Menariknya, selain daripada isu pandemik, konsol yang sering mengalami masalah penawaran penjualan yang terhad ini masih mampu membuatkan pihak Sony memecahkan rekod mereka sendiri.

Menurut presiden Sony Interactive Entertainment, pihak mereka masih berusaha keras dalam menawarkan lebih banyak konsol Sony PS5 di pasaran dalam memudahkan para pembeli mendapatkannya. Selain itu, pihak mereka juga berdepan cabaran yang besar dalam memastikan konsol ini kekal releven dalam jangka masa yang panjang.

Difahamkan game Spider-Man: Miles Morales sudah berjaya terjual lebih 6.5 juta unit sejak mula ditawarkan pada November lalu sekaligus menjadi antara punca utama orang ramai mendapatkan konsol terbaru daripada Sony ini.

Tular pada minggu lalu apabila syarikat di China ini menghadiahkan pelbagai konsol, kad grafik dan iPhone sebagai tanda menghargai pekerja.

Cemerlang Sepanjang 2020, Syarikat Ini Hargai Pekerja Dengan Hadiahkan PS5, iPhone Dan Kad Grafik

Terlalu Ramai ‘Resellers’ Hadir, Butik Elektronik Terkemuka Di Jepun Batal Jualan PS5

Sumber