Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

iPay88 selaku perkhidmatan pembayaran dalam talian telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang insiden sistem mereka digodam pada 31 Mei yang lalu. Mereka percaya data peribadi pengguna dalam bentuk maklumat kad mungkin telah berjaya diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan rasmi ini juga, iPay mengatakan telah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu berkenaan sejak 13 Mei lalu. Siasatan sedang dijalankan dan mereka berkerjasama dengan pihak berkuasa serta pihak lain berkaitan pelanggaran keselamatan.

Sumber Gambar: Aliexpress

Bagi memastikan keselamatan data kad berterusan, pihak iPay88 telah melaksanakan pelbagai langkah dan kawalan baharu untuk mengukuhkan keselamatan sistem terhadap sebarang insiden selanjutnya. Kesemua institusi kewangan yang menggunakan perkhidmatan telah dimaklumkan berkenaan insiden itu.

Buat masa ini, mereka tidak mendedahkan jumlah pengguna yang terkesan akibat insiden godaman ini. Bagaimanapun, iPay88 yang disokong pada pelbagai kedai dalam talian, dompet digital dan pembayaran dalam talian oleh pelbagai bank dijangka terjejas dengan jumlah yang tinggi.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sejak insiden godaman berjaya dikesan, pelbagai tindakan keselamatan telah dibuat pada platformnya. Difahamkan tiada lagi aktiviti pencerobohan dikesan selepas 21 Julai 2022. Pengguna diingatkan untuk lebih berhati-hati dengan mengambil langkah keselamatan seperti menetapkan pengesahan dwi-faktor.

Sebelum ini juga, Maybank teelah memberi amaran berkenaan kehadiran Malware pada Android yang boleh mengakses TAC pengguna.

Mampu Membaca Dan Menerima TAC Pengguna, Maybank Beri Amaran Kehadiran Malware Pada Android

Didakwa Mencuri Data Pengguna, Google Bertindak Haramkan 4 Aplikasi Islamik Popular