Platform Kriptowang Luno Berjaya Mendapatkan Pengesahan Operasi Di Malaysia

Mula dibangunkan di London, platform kriptowang Luno berjaya menjadi aplikasi popular dalam menyimpan, menjual dan membeli kriptowang. Terbaharu, Luno berjaya menjadi platform kriptowang pertama yang mendapat pengesahan dari Malaysia untuk beroperasi secara sah sebagai pertukaran aset digital.

Menurut pengarah urusan Luno, David Low Luno, mereka sememangnya gembira dengan berita ini memandangkan Luno sudah masuk ke pasaran Malaysia sejak 2015. Pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti secara tidak langsung memberi keyakinan buat orang ramai untuk menggunakan platform ini.

Difahamkan sejak Jun 2019, cuma tiga platform pertukaran kriptowang yang dibenarkan beroperasi di Malaysia iaitu Luno, Tokenize dan SINEGY. Setiap platform perlu mengambil masa 9 bulan serta memastikan platform ini bebas daripada sebarang masalah sebelum diberi pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Berdasarkan pengesahan yang diterima Luno, pastinya orang ramai di Malaysia lebih yakin untuk menggunakan platform ini untuk berdagang dan menyimpan kriptowang.

Pada tahun lalu, Luno dilaporkan sedia melabur lebih RM25 juta kepada ekonomi Malaysia. Selain itu, Facebook difahamkan sedang cuma membangunkan kriptowang tersendiri.

https://www.thevocket.com/aplikasi-kriptowang-luno-sedia-untuk-melabur-lebih-rm25-juta-kepada-ekonomi-malaysia/

https://www.thevocket.com/facebook-mungkin-perkenalkan-kriptowang-tersendiri-bermula-tahun-hadapan/

Exit mobile version