Mahu Elak Keluarga Perasan, Lelaki Ini Pasang ‘Plash Speed’ Sebenar Dengan Bantuan Juruteknik

Sekiranya anda masih ingat, tular sebelum ini sebuah kartun Korea di mana seorang suami telah mendapatkan khidmat seorang juruteknik untuk memasang sebuah ‘router’ yang dinamakan sebagai Plash Speed hanya untuk memastikan si isteri tidak dapat mengesan perkara sebenar.

Gelagat dan kartun berkenaan yang lucu berjaya membuatkan video tersebut meraih lebih 10 juta tontonan di YouTube serta menjadi salah satu ‘strategi’ para suami dalam mendapatkan Sony PS5 serta mengelakkan si isteri tahu perkara sebenar. Anda boleh tonton di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Meskipun sekadar kartun, siapa sangka terdapat individu di Vietnam yang benar-benar merealisasikannya. Menariknya, beliau yang mendapatkan Sony PlayStation 5 tanpa pengetahuan ahli keluarganya turut membayar seorang juruteknik untuk memasang ‘router’ yang dibeli beliau.

Gaya juruteknik yang tampak berdedikasi dan disertakan dengan nombor hotline pada tepi Sony PS5 berjaya mencuri perhatian serta mengingatkan netizen tentang kartun berkenaan.

Sumber. Facebook Lê Gia Hưng
Sumber. Facebook Lê Gia Hưng
Sumber. Facebook Lê Gia Hưng

Difahamkan setakat ini, ahli keluarganya masih belum tahu mengenai strategi si suami yang membeli ‘router’. Walau bagaimanapun, melihatkan kepada berita ini yang tular seluruh dunia, berkemungkinan ahli keluarga beliau sudah mulai mengesyaki tindakan si suami. Diharap si suami tidak perlu menjual kembali Sony PlayStation 5 yang dibeli.

Sebelum ini tular berita di mana Sony PlayStation 5 sedia untuk dijual semula selepas baru sahaja dibeli selepas kantoi si suami membeli air purifier palsu.

https://www.thevocket.com/kantoi-beli-air-purifier-palsu-isteri-minta-suami-jual-konsol-ps5-semula/

https://www.thevocket.com/mahu-jual-semula-ps5-dengan-harga-sehingga-rm6000-tindakan-pemuda-ini-diperli-netizen/

Exit mobile version