Kehadiran figura karakter pembantu maya 3D Samsung baru – baru ini telah tular di seluruh sosial media. Pelbagai andaian yang telah dibuat oleh pengguna internet setelah melihat karakter figura 3D tersebut seakan – akan mewakili syarikat Samsung kerana baju yang digayakan mempunyai tulisan Samsung Galaxy.

Difahamkan Samsung mungkin akan menggunakan karakter 3D yang lebih dikenali sebagai Sam untuk menggantikan pembantu virtual Samsung yang lama iaitu Samsung Bixby. Gambar tersebut mula dikesan melalui ciapan seorang pengguna Twitter yang dikongsi berserta sebahagian gambar pembantu maya Samsung, Sam.

Tetapi, andaian pengguna mengenai pembantu maya Samsung ini meleset setelah  dikhabarkan ini hanyalah sebahagian daripada hasil projek kerjasama antara syarikat Lightfarm studio dan Cheil agency. Syarikat ini terkenal dengan membuat gambar, video, AR filters dan aplikasi VR CGI yang realistik.

Namun syarikat teknologi gergasi, Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan  rasmi mengenai ura-ura kehadiran pembantu maya yang telah tular di seluruh dunia. Konsep Sam ini telah lama dihasilkan dan tersedia di laman web Lightfarm studio sebelum dipadamkan baru – baru ini.

Vocket-Samsung-Virtual-Konten-1
Sumber Gambar: Duniaku

Meskipun Samsung masih tidak memberikan sebarang respon mengenai info mengenai pembantu maya Sam yang sudah tular, masih ramai beranggapan ini merupakan fungsi yang bakal tersedia pada peranti telefon pintar siri model Samsung Galaxy yang akan datang.

Anda boleh membaca artikel mengenai peranti Samsung Galaxy yang terbaru di pasaran Malaysia.

Lengkapkan Keperluan Harian Anda, Ini 3 Perkara Menarik Samsung Galaxy S21 Yang Perlu Anda Tahu

Samsung Galaxy A72, Model Telefon Pintar Serba Lengkap Dengan Ciri ‘Flagship’