Masalah kekurangan oksigen di dalam darah merupakan antara gejala jangkitan Covid-19 yang sukar dikesan dan kini rakyat Malaysia telah cakna dengan kepentingan peranti bacaan oksigen. Pilihan peranti yang boleh didapati di pasaran adalah Smartwatch dan Pulse Oximeter bagi mengukur kandungan tahap oksigen dengan lebih tepat.

Kedua-dua peranti ini dapat memudahkan pengguna untuk memeriksa tahap oksigen di dalam darah secara kendiri di rumah. Namun, sejauh manakah ketepatan bacaan oksigen dalam darah menerusi Smartwatch atau anda perlu dapatkan Pulse Oximeter yang baru. Mari kita kupaskan perbezaan ketepatan bacaan oksigen di antara kedua-dua peranti ini.

Smartwatch

vocket-tech-bacaan-5
Sumber Gambar: Coach Mag

Majoriti smartwatch atau fitness band yang hadir dengan ciri pemeriksaan bacaan SP02 menggunakan 2 lampu LED iaitu lampu merah biasa dan lampu inframerah. Bacaan SP02 diukur melalui cahaya yang dipantulkan daripada darah di bawah kulit dan dari situ sensor pemancar cahaya dan sensor bacaan akan mengambil kiraan.

Sebahagian doktor beranggapan smartwatch dengan ciri bacaan SPO2 sudah cukup baik untuk mengesan simptom awal jangkitan Covid-19 tetapi belum boleh dikira sebagai alat ukuran utama dari segi klinikal pada jangka masa panjang. Bacaan yang dipaparkan masih belum setepat pulse oximeter yang direka khas bagi fungsi ini.

ketepatan bacaan oksigen
Sumber Gambar: Techadvisor

Walaupun peranti ini boleh mendapatkan bacaan yang tepat pada sesetengah percubaan, ia masih belum mencapai tahap piawaian yang ditetapkan bagi SBP dan SP02 oleh klinikal. Oleh kerana itu, sebahagian jenama peranti boleh pakai seperti Amazfit sudahpun berkerjasama dengan institusi kesihatan dalam meningkatkan lagi ketepatan bacaan pada jam yang ditawarkan.

Smartwatch masih boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pulse oximeter kerana terdapat kombinasi fungsi lain termasuk bacaan suhu, degupan jantung dan kadar oksigen bagi pengesanan awal potensi kes jangkitan. Indikasi awal membolehkan anda mendapatkan bantuan daripada pihak hospital bagi pemeriksaan yang lebih terperinci.

Pulse Oximeter

ketepatan bacaan oksigen
Sumber Gambar: Shutterstock

Sementara pulse oximeter pula memang sudah direka khas bagi tujuan pemeriksaan oksigen dalam darah dengan dipasangkan pada hujung jari. Pancaran lampu daripada LED boleh mengira saturasi oksigen pada darah dan kadar nadi sekaligus. Tambahan pula, alat ini boleh mengira tahap oksigen dalam darah tanpa perlu mengambil sampel darah.

Teknologi yang dipakai oleh pulse oximeter lebih canggih di mana lampu LED yang digunakan boleh menghantar panjang gelombang sekitar 650 nanometer dan lampu inframerah boleh menghasilkan panjang gelombang sekitar 950 nanometer. Hal ini penting kerana gelombang ini bakal menguji saturasi oksigen dengan melihat kadar cahaya inframerah yang diserap oleh darah dengan lebih tepat.

ketepatan bacaan oksigen
Sumber Gambar: Consumer Healthy Day

Terdapat dua kategori pulse oximeter iaitu bagi kegunaan preskripsi dan kegunaan bebas (OTC). Kebiasaanya Prescription oximeter telah disahkan oleh FDA dan telah menjalani ujian klinikal untuk memastikan ketepatan keputusan berada di tahap yang optimum. Dan lazimnya ia digunakan oleh pihak hospital atau institusi kesihatan.

Di samping itu, OTC oximeter yang ditawarkan pada orang awam pula adalah daripada pihak ketiga dan sebahagian produk tersebut telah mendapat pengesahan daripada pihak kesihatan sendiri. Bagi mendapat kepastian, anda turut boleh menyemak senarai jenama Pulse Oximeter di Malaysia yang telah disahkan oleh Medical Device Authority.

Pulse oximeter dilihat lebih sesuai dijadikan sebagai alat ukuran tahap oksigen di dalam darah bagi mereka yang ingin mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan juga diingatkan untuk berhati-hati dengan produk palsu di laman e-commerce.

Manakala, Smartwatch pula boleh dijadikan sebagai alternatif kerana mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan bagi pemantauan kesihatan kendiri untuk gambaran tahap kesihatan seseorang dengan lebih menyeluruh.

Sementara itu, lelaki ini telah membuktikan keberkesanan dalam menjaga kesihatan menerusi penggunaan smartwatch daripada Apple.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Bagaimana Apple Watch Membantu Warga Emas Ini Ke Hospital Dapatkan Rawatan Kecemasan