Kehadiran telefon pintar pada hari ini telah membolehkan setiap individu berkomunikasi dengan mudah bersama orang lain. Sudah pasti sesebuah telefon pintar tidak dikira lengkap sekiranya tidak mempunyai sambungan selular padanya. Tahukah anda perbezaan jenis kad sim antara eSIM dan kad SIM yang biasa?

Kedua-dua jenis SIM ini mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk memberikan sambungan rangkaian pada peranti mudah alih yang digunakan. Malah, anda boleh memakai kedua-dua kad SIM berkenaan pada telefon pintar yang menyokong dual-SIM. Mari kita rungkaikan perbezaan jenis kad SIM berasaskan digital dan fizikal yang ramai tidak diketahui.

Kad SIM Fizikal

Sumber Gambar: Tokyo Cheapo

Kad SIM fizikal sememangnya sudah sangat sinonim dengan kita. Kad SIM fizikal dilihat lebih mudah didapati serta boleh dipakai pada semua model telefon pintar berbanding eSIM di mana memerlukan telefon pintar yang terkini. Kad SIM ini juga boleh dipakai secara terus pada telefon pintar lain sekiranya kehabisan bateri di telefon pintar utama.

Selain itu, kad SIM fizikal turut boleh ditukar dengan mudah apabila berlaku kerosakan mahupun penaik tarafan pelan menerusi pembekal mudah alih tersebut. Malah, semua data yang disimpan dalam kad SIM boleh terus diakses apabila dipasang pada mana-mana peranti lain. Anda juga tidak perlu memuat turun semua data penting yang pasti memerlukan masa yang lama.

Sumber Gambar: Tom’s Guide

Bahkan, anda boleh menambah sekuriti dengan kunci pin pada informasi yang disimpan dalam kad SIM dan sekaligus menyukarkan seseorang dari mengaksesnya. Penggunaan kad SIM fizikal boleh mengelakkan sebarang penjejakan yang tidak diingini dengan hanya mengeluarkan kad Sim tersebut.

Terdapat beberapa kelemahan yang boleh didapati dengan penggunaan kad SIM fizikal di mana ia boleh digodam dengan pelbagai cara dan individu asing juga boleh mengambil kad Sim tersebut tanpa pengetahuan anda. Dari segi sambungan pula, kad Sim fizikal sangat bergantung dengan menara telekomunikasi untuk mendapatkan sambungan rangkaian yang baik.

eSIM

perbezaan jenis kad sim
Sumber Gambar: Deustch Telekom

Istilah eSIM adalah merujuk kepada embedded SIM yang membolehkan implementasi SIM tanpa memerlukan kad Sim fizikal untuk membuat sambungan rangkaian kepada syarikat telekomunikasi. Akan tetapi, eSIM bukanlah hanya semata-mata menggunakan perisian kerana ia memerlukan komponen khas seperti NFC iaitu cip kecil yang dimuatkan di dalam peranti yang menyokongnya.

Untuk menggunakannya, eSIM berkenaan perlu mendapat sokongan daripada pihak syarikat telekomunikasi sendiri untuk berfungsi dan tidak semua syarikat dan model peranti yang mempunyai sokongan eSIM.

perbezaan jenis kad sim
Sumber Gambar: Srcwap

Dengan eSIM juga, pengguna sudah boleh menggunakan nombor telefon yang sama pada peranti lain dengan hanya memuat turun profil secara maya tanpa perlu mengeluarkan kad SIM seperti dahulu.

Rekaan eSIM yang lebih kecil membolehkan ia dimuat pada peranti boleh pakai seperti jam pintar serta lebih banyak inovasi yang boleh dilakukan pada telefon pintar dengan ketiadaan ruangan slot kad SIM lagi.

Menerusi eSIM, ia dilihat lebih mesra alam kerana cip eSIM turut menyokong berbagai rangkaian dalam satu peranti yang sama dan boleh menyimpan lebih daripada satu nombor sekaligus.

Penggunaan teknologi eSIM juga sangat berguna lebih-lebih lagi sekiranya anda seseorang yang sering keluar negara kerana mempun sebarang rangkaian telekomunikasi tempatan di sana dengan hanya menggunakan aplikasi atau profil yang akan mengesahkan telekomunikasi baharu anda dengan automatiknya.

Secara ringkasnya, kedua-dua jenis kad SIM sudah ditawarkan secara meluas di Malaysia. Anda boleh memilih untuk memakai mana-mana jenis kad SIM sahaja kerana setiap jenis kad SIM ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kad SIM fizikal yang biasanya diguna oleh umum lebih mudah dipadankan pada semua model telefon pintar.

Tidak dinafikan, eSIM memerlukan telefon pintar yang lebih canggih untuk menyokongnya. Jadi, penggunaan kad SIM digital dilihat hanya menfokuskan kepada mereka yang sering melancong ke negara luar dan mahu menggunakan lebih banyak nombor pada satu-satu masa sekaligus bagi tujuan kerja atau bisnes.

Sementara itu, anda turut boleh mengetahui perbezaan konsol permainan antara Steam Deck dan Nintendo Switch yang menjadi bualan ramai.

Perbezaan Konsol Permainan Antara Steam Deck Dan Nintendo Switch Yang Menjadi Bualan Ramai

Perbezaan Antara Smart TV Dan Android TV Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pembelian