Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sekiranya anda masih ingat, sekiranya dua dekad lalu, Nokia berjaya mendominasi pasaran telefon dengan menawarkan seleksi model dalam memenuhi keperluan pengguna.

Jenama ini turut meluaskan rangkaian model dengan memperkenalkan beberapa siri yang memfokuskan kepada kamera, bisnes dan juga muzik. Jika sebelum ini, sekiranya Nokia sinonim dengan XpressMusic bagi model memfokuskan muzik, jenama ini pada tahun 2022 meneruskan resipi yang sama dengan memperkenalkan model XpressAudio.

Uniknya, model Nokia 5710 XpressAudio tidak memfokuskan kepada spesifikasi dalam mencabar pesaing lain, sebaliknya menawarkan sebuah model telefon mampu milik serendah £75 (~RM394) bersama earphone yang dilengkapkan bersama belakang badan model ini.

Dari segi spesifikasi, model ini sekadar dilengkapkan spesifikasi yang penuh dengan nostalgia serta digunakan ramai sekitar 15 tahun lalu dengan penawaran skrin 2.4-inci QVGA, kamera VGA, headphone jack 3.5mm dan bateri 1,450mAh. Nokia memaklumkan model ini mampu bertahan sehingga 20 hari penggunaan. Nokia 5710 XpressAudio ini hadir dengan dua warna iaitu hitam atau putih.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Setakat ini, model ini masih belum ditawarkan di Malaysia sebaliknya hanya ditawarkan di beberapa negara luar termasuk UK dengan harga yang sangat mampu milik. Sekiranya anda mahukan model yang sedia ditawarkan dengan earphone bersama, mungkin ini satu-satunya model yang tersedia di pasaran.

Ketahui juga 5 Android TV yang tersedia di pasaran dan boleh didapatkan dengan harga mampu milik menerusi pautan di bawah.

5 Android TV Terbaik Dan Mampu Milik Yang Boleh Didapatkan Serendah RM1,299 Sahaja

Disangka Gambar Suntingan, Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Ikonik Windows XP