Sejak kebelakangan dunia kripto telah menjadi tajuk utama di kalangan pengguna internet. Bukan sahaja disebabkan nilai Bitcoin yang semakin meningkat tetapi hasil jualan karya digital NFT yang berjaya terjual pada harga puluhan jutaan ringgit. Kini, platform jual beli NFT telah menjadi salah satu laman yang wajib dikunjungi oleh semua orang.

Platform ini telah berjaya menarik peminat seni dunia untuk mendapatkan hasil karya yang boleh disimpan secara digital dan sah serta menjadi pemilik kepadanya. Dan kini pasaran tempatan juga telah mempunyai peminat tersendiri dengan terhasilnya platform Pentas. Sebelum itu, kita perlu mengetahui terlebih dahulu mengenai NFT.

Kenali NFT

pentas
Sumber Gambar: BBC

Non-fungible token (NFT) merupakan suatu unit data yang telah disimpan pada lejar digital yang dikenali sebagai blockchain dan ianya mestilah diiktiraf sebagai digital aset yang unik tanpa boleh ditukar ganti. NFT boleh merangkumi daripada pelbagai jenis format digital seperti gambar, video, audio dan berkaitan dengan fail digital.

Kebiasaanya aset digital ini boleh dibeli menggunakan kriptowang dan penawaran yang sangat terhad dengan gabungan kod pengenalan unik pada karya tersebut. Menariknya, hanya terdapat beberapa individu yang layak mempunyai pemilikan mutlak aset berkenaan pada satu-satu masa.

Pentas

platform jual beli nft
Sumber Gambar: Pentas

Pentas merupakan sebuah platform tempat pasaran yang menawarkan urusan jual beli hasil karya berasaskan NFT oleh artis tempatan sendiri. Pentas mempunyai identiti yang berbeza berbanding platform pasaran NFT lain di mana pencipta karya digalakkan berkongsi cerita atau naratif tentang budaya dan asal usul menerusi karya yang dihasilkan.

Antara agenda terhasilnya platform jual beli NFT tempatan adalah untuk memperkasakan pencipta kandungan warisan, nilai budaya dan tradisi melalui pemeliharan aset secara digital. Sejajar dengan visi platform ini mahu mengekalkan kandungan karya yang berharga melalui teknologi Blockchain untuk tatapan generasi akan datang.

vocket-tech-pentas-3
Sumber Gambar: Pentas

Dengan langkah yang diambil juga, kita dapat memartabatkan warisan tempatan dan sekaligus memperkenalkan kepada dunia menerusi cara yang lebih kreatif. Terdapat sejumlah pereka grafik anak tempatan yang berbakat mempamerkan hasil karya yang cukup memgagumkan.

Hasil karya yang meliputi pelbagai jenis elemen seni serta sentuhan budaya mahupun memorial tempatan yang ditonjolkan dengan pendekatan alaf baru. Penawaran harga pada setiap hasil karya boleh didapati pada harga yang berbeza yang bermula serendah 0.03 BNB bersamaan RM60.70.

pentas
Sumber Gambar: Pentas

Bagi mereka yang berminat untuk menjual di dalam platform Pentas, anda boleh memuat naik karya anda dengan mudah menerusi fungsi Create NFT. Anda boleh menetapkan royalti pada hasil karya dan bakal menerima komisen secara terus setiap kali dijual kepada pembeli lain pula. Anda turut dikenakan gas fee untuk pemprosesan karya tersebut menjadi sebahagian aset digital.

vocket-tech-pentas-5
Sumber Gambar: Pentas

Buat para pembeli yang ingin memiliki hasil karya yang berada di tempat pasaran pula perlu sediakan sejumlah kriptowang berasaskan Binance Smart Chain menerusi Metamask wallet. Sebarang pesanan karya akan dibatalkan sekiranya transaksi tidak mendapat pengesahan menerusi platform ini.

Nasi Lemak Digital

Baru-baru ini, sebuah hasil seni digital yang bertemakan nasi lemak telah berjaya dijual pada harga RM400 menerusi platform Pentas. Perkara ini telah menjadi bualan hangat di media sosial membincangkan bagaimana seni digital ini berjaya dijual dan dibeli dengan harga mencecah sehingga ratusan ringgit.

Pada masa yang sama, artis asal ini menerangkan setiap hasil karya mempunyai nilai yang tersendiri di mata peminatnya.

Platform Pentas telah berjaya merevolusikan landskap penjualan hasil karya secara digital tempatan dengan lebih efektif sementara memperkenalkan warisan dan budaya kita kepada dunia. Dunia kripto dilihat bakal menjadi salah satu medium yang bakal digunakan secara meluas pada masa kelak di negara kita.

Baru-baru ini, fan token berasaskan kriptowang telah dikeluarkan oleh PSG sebagai tanda penghargaan kepada bintang bola popular, Lionel Messi.

Lionel Messi Terima Kriptowang Menerusi Perpindahan Ke PSG

https://www.thevocket.com/elon-musk-pertimbang-tesla-tambah-kaedah-pembayaran-kriptowang-dogecoin/

Sumber