Ketika ini syarikat Xiaomi telah berkerjama dengan Leica untuk menghasilkan kamera terbaik. Kolaborasi antara syarikat pengeluar peranti dan syarikat fotografi merupakan praktis yang sudah bertapak di dalam industri sejak sekian lama.

Bagaimanapun, CEO Honor, George Zhao berpendapat bahawa penjenamaan bersama pengeluar kamera pada telefon pintar adalah gimik sahaja. Beliau berkata berkerjasama jangka pendek antara pengeluar peranti dengan jenama kamera adalah sekadar gimik yang perlu dielakkan demi pengguna.

Sumber Gambar: Pocket Lint

Honor yang tampil bergerak secara sendirian turut berjaya menghasilkan peranti seperti Magic4 Pro yang mementingkan kemampuan fotografi tanpa menggunakan teknologi pengeluar kamera. Jenama Huawei selepas menamatkan kerjasama selama lima tahun dengan Leica, kini menggunakan teknologi XMAGE yang dibangunkan sendiri oleh mereka.

Malah, dikatakan ramai pihak yang berminat untuk berkerjasama dengan syarikat Honor untuk penjenamaan telefon pintar namun masih banyak perkara yang perlu diperhalusi untuk menawarkan pengalaman pengguna yang baik. Honor juga mempunyai perisian dan teknologi tersendiri yang boleh membawakan pengalaman fotografi seperti profesional pada perantinya.

Sementara itu, Xiaomi kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah telefon pintar dengan kamera sebesar 200-megapixel.

Xiaomi Dilaporkan Sedang Bangunkan Telefon Pintar Dengan Kamera 200-Megapixel

Mahu Fokus Kepada Mirrorless, Nikon Sahkan Tidak Akan Keluarkan Lagi Kamera SLR