Pengguna Tumblr Berkurangan Sehingga 150 Juta Selepas Konten Lucah Disekat

Selepas 3 bulan pertama pelancaran penyekatan bahan lucah atau bahan tontonan dewasa lebih dikenali sebagai ‘Safe Mode’ di Tumblr, syarikat tersebut mendapati penurunan ketara bilangan pengguna. Sehingga kini Tumblr dilaporkan kehilangan 150,000,000 pengguna semenjak Disember lalu iaitu kira-kira 30% penurunan.

Bermula bulan Disember tahun lalu, Tumblr mengumumkan pihaknya akan membung semua video, gambar dan GIF yang menunjukkan bahan sensitif dan lucah. Keputusan ini diambil setelah Tumblr dikeluarkan dari senarai aplikasi Apple AppStore kerana Tumblr dikaitkan sebagai saluran penyebaran pornografi kanak-kanak.

https://twitter.com/musicnewsfact/status/1106588016913473536

Menurut analisis Tumblr, penurunan 30% pengguna ini disebabkan oleh pengguna kini lebih memilih untuk melayari laman web lucah secara langsung. Bukan itu sahaja, sehingga kini masih terdapat beberapa petisyen yang dikemukakan oleh pengguna untuk menarik balik polisi tersebut.

Exit mobile version