Sejumlah besar pengguna produk Apple melaporkan terdapat gangguan untuk mengakses semua servis iCloud seperti penyimpanan gambar, kenalan, kalendar, backup, Find My Friends dan beberapa aplikasi lagi. Gangguan yang sama turut melibatkan stor fizikal Apple yang menyukarkan pelanggan untuk menjalankan transaksi.

iCloud

Setakat ini beberapa aplikasi sudah boleh diakses kembali kecuali Calendar, Contacts dan Reminder dilaporkan masih terjejas. Difahamkan semua pengguna seluruh dunia mengalami masalah yang sama.

https://twitter.com/SBenovitz/status/1146831989657542659

Gangguan ini dilaporkan kali ke-2 terjadi untuk tahun ini. Apple dalam masa yang sama sedang berusaha untuk membaikpulih semua sistem yang tergendala.

Sumber