Sejak Amerika Syarikat memilih untuk menutup dagangan dengan menghalang Google untuk bekerjasama bersama Huawei, syarikat ini dilihat mula memperkenalkan sistem operasi tersendiri secara terbuka iaitu Hong Meng OS.
Sistem operasi yang dibangunkan ini meskipun masih baru, laporan daripada Tencent turut mengatakan Hong Meng OS dilihat mampu menawarkan kepantasan sebanyak 60% lebih baik berbanding penggunaan sistem operasi Android.
Walaubagaimanapun, disebalik kelajuan yang ditawarkan, didapati 40% daripada sejumlah responden pengguna Huawei dari China, Indonesia, Thailand dan Malaysia masih ragu-ragu untuk beralih ke sistem operasi yang masih baru ini. Keputusan ini sekaligus menunjukkan orang ramai masih setia dengan sistem operasi Android dengan penawaran servis daripada Google.
Menurut Noppadon, perang dagang yang berlaku diantara Amerika Syarikat dan China baru-baru ini telah membuatkan sebanyak 50.1% pengguna terkesan. Malah, syarikat Google yang menawarkan servis Android juga dijangkakan menerima pulangan yang sedikit rendah selepas ini berikutan Huawei yang tidak lagi menggunakan sistem operasi Android.