Sejak dari mula Facebook dilancarkan, dapat dilihat pelbagai berita melibatkan godaman berlaku sama ada secara sedar atau sebaliknya. Isu yang mulai berlaku sekitar lebih 15 tahun dahulu nampaknya terus berlarutan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, segelintir pengguna Facebook mendakwa akaun mereka bukan sahaja digodam malah turut mempamerkan laman web lucah tanpa sedar sejak seminggu lalu.

Difahamkan modus operandi yang dijalankan menerusi perkongsian Sinar Harian adalah pengguna akan dikenakan tag secara rawak serta meminta orang ramai menekan pautan berkenaan untuk menonton gambar atau video lucah.

Sumber: pymnts

Menurut seorang pengguna Facebook, Haswad Abdul Halim beliau memaklumkan telah menerima notifikasi yang mencurigakan sekaligus mulai sedar akaunnya dikenakan tag dengan pautan laman web lucah. Beliau kemudiannya lantas membuat permohonan maaf serta tampil dengan penjelasan agar mengelakkan orang ramai turut mengalami situasi yang sama.

Selain itu, terdapat juga pengguna Facebook iaitu Mohd Fazrul Izwan Zainal Azeman miliknya turut menghantar pautan mencurigakan kepada lebih 50 rakannya minggu lalu.

Difahamkan beliau mulai menyedarinya apabila adiknya memaklumkan kepada beliau menerusi aplikasi WhatsApp sekaligus membuatkan beliau menyemak aplikasi Messenger di mana hampir 50 rakannya telah menerima pautan berkenaan.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang penjelasan rasmi daripada pihak Facebook mengenai isu yang berlaku. Dalam pada itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berhati-hati sebelum menekan sebarang pautan sewaktu melayari laman media sosial bagi mengurangkan risiko hal ini berlaku.

TM pada minggu lalu turut memaklumkan pengguna unifi bakal menerima bil dengan paparan harga bayaran ‘lebih rendah’ pada bulan hadapan.

Pengguna unifi Dijangka Terima Bil Dengan Paparan Harga Bayaran ‘Lebih Rendah’ Pada Bulan Hadapan

Shell Recharge HPC Pertama Malaysia Secara Rasmi Dibuka Di Tangkak, Johor

Sumber