Diperkenalkan sebagai pengganti kepada PlayStation Portable (PSP), model ini nampaknya telah pun diberhentikan pengeluaran selepas 8 tahun. Sebelum ini, Sony mengatakan akan meneruskan pengeluaran sehingga tahun 2020 dan nampaknya pengeluaran ini diberhentikan lebih awal.

Sony mengatakan bahawa pembuatan dan pengeluaran Playstation Vita akan dihentikan menjelang 2019 ini di Jepun dan mereka tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan konsol mudah alih yang baharu selepas Playstation Vita.

sony-vita-playstation-console
Sumber: Red Bull

Akan tetapi, perkara tersebut tidak mengejutkan ramai pihak berikutan penjualan Playstation Vita yang tidak memberangsangkan kerana perlu bersaing dengan konsol mudah alih seperti Nintendo yang jauh lebih popular.