Menerusi pelancaran Honor Magic4 Pro, pihak Honor Malaysia juga memperkenalkan pengecas wireless berkuasa tinggi yang boleh dipadankan dengan telefon pintar baru mereka dan juga peranti lain. Honor SuperCharge Wireless Charger Stand ini sedia memenuhi keperluan pengecasan peranti seharian anda dengan mudah.

Sumber Gambar: Honor

Dengan pengecas ini, Honor Magic4 Pro boleh dicas tanpa sebarang sambungan kabel secara menegak mahu pun mendatar. Peranti boleh disandarkan pada sudut 65° yang membolehkan pengguna menonton video semasa pengecasan sedang berlaku. Terdapat juga kipas penyejuk yang memastikan suhu peranti terkawal semasa ia digunakan.

Sumber Gambar: honor

Buat anda yang berminat dengan Honor SuperCharge Wireless Charger Stand, kini ditawarkan dengan harga sebuah RM299. Pengecas wireless serba canggih ini boleh dibeli menerusi kedai rasmi dalam talian yang sah.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui spesifikasi penuh telefon pintar premium terbaharu yang ditawarkan oleh pihak Honor Malaysia.

Honor Magic4 Pro Kini Boleh Dipra-tempah Bermula Hari Ini Dengan Harga RM3,999

Lihat Keupayaan ‘Quad Camera’ Honor 20 Pro Yang Menakjubkan

Sumber