Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

YouTube sedia menawarkan video berdurasi pendek seperti TikTok yang dikenali sebagai Shorts. Jika sebelum ini penerbit kandungan menerusinya hanya menyiarkan video untuk keseronokkan semata-mata, kini mereka juga boleh menjana pendapatan seperti di TikTok.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, YouTube juga bakal memberikan keistimewaan yang sama buat pencipta kandungan yang menfokuskan ciri Shorts iaitu menjana pendapatan pengiklanan menerusinya. YouTube Shorts merupakan satu penawaran seumpama TikTok yang membolehkan menikmati video pendek dengan lebih santai.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: No Film School

Berdasarkan spekulasi awal ini, YouTube dijangka mungkin berkongsi lanjut berkaitan dengannya menjelang tahun 2023 kelak. Difahamkan terdapat beberapa perkara yang masih perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti bagaimana video iklan bakal dipaparkan dan lain-lain lagi.

Kebolehan menjana pendapatan dilihat bakal memberi saingan hebat kepada TikTok yang mana mampu menarik pencipta kandungan dari platform tersebut untuk turut memeriahkan lagi platform YouTube ini. Hal ini sekaligus juga memberi kesan positif kepada populariti YouTube sebaik ia diperkenalkan kelak.