Pembelian Barangan Kesihatan Di Shopee Dilaporkan Meningkat Sebanyak 6 Kali Ganda

Platform e-dagang seperti Shopee memang menjadi pilihan ramai dalam mendapatkan pelbagai produk dengan sejumlah diskaun menarik menerusinya. Ditambah pula dengan keadaan pandemik yang masih belum surut reda sekaligus meningkatkan lagi jumlah permintaan barangan kesihatan seperti pelitup muka, hand sanitizer dan sebagainya.

Berdasarkan data pemerhatian daripada Shopee, ia menunjukkan rakyat Malaysia kini sudah boleh menyesuaikan diri dengan membeli barangan secara atas talian. Peningkatan jumlah pengguna ini mula dilihat meningkat sewaktu berlakunya pandemik sehingga ke hari ini iaitu fasa pasca pandemik.

Sumber Gambar: Shopee

Pihak Shopee mendapati bahawa barangan yang paling banyak dibeli adalah barangan kesihatan dan penjagaan termasuklah penjagaan kesihatan, penjagaan persekitaran dan penjagaan psikologi, fizikal dan rohani. Perkara ini sekaligus menandakan yang rakyat Malaysia sentiasa cakna dengan penjagaan kesihatan terutamanya ketika pandemik melanda.

Lanjutan daripada itu, permintaan barangan tersebut telah meningkat sebanyak enam kali ganda dalam platform berkenaan. Menariknya, barangan perhiasan rumah seperti barangan DIY, wangian, bunga dan tumbuhan tiruan, kertas dinding dan seni dinding juga turut meningkat 10 kali ganda sejak tahun 2019 lalu.

Sumber Gambar: Shopee

Perkara ini berlaku oleh kerana rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di rumah untuk menurut dasar berkerja dan belajar di rumah. Barangan lain yang juga mencatatkan peningkatan adalah barangan mengasuh bayi (5 kali ganda), barangan buku dan hobi (6 kali ganda) dan paling tinggi sekali adalah barangan mainan (13 kali ganda).

Selain membeli barangan secara atas talian, rakyat Malaysia juga berbelanja secara luar talian dengan menggunakan ShopeePay dengan mencatatkan peningkatan sehingga 60 kali ganda. Jadi, tidak hairanlah ramai pengguna juga mula berjinak membuat jualan di platform sebegini keraan mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi pada saban hari.

Baru-baru ini juga UiTM telah berkolaborasi bersama Shopee untuk mudahkan pengguna membeli barangan yang dijual oleh para pelajar dan alumninya.

UiTM Kolaborasi Bersama Shopee Untuk Mudahkan Pengguna Beli Barangan Yang Dijual Pelajar Dan Alumni

Shopee Sediakan Laman Khas Untuk Pendaftaran ShopeeFood Buat Pemilik Kedai Makan

Sumber
Exit mobile version