Mula dilancarkan pada bulan November lalu, kehadiran Motorola sememangnya dinantikan ramai selepas model yang sepi lebih sedekad membuat kemunculan semula iaitu Motorola Razr.
Melalui model terbaru ini, Motorola telah menampilkan spesifikasi terkini namun masih masih mengekalkan rekaan klasik pada yang sudah menjadi identiti model ini.
Hadir dengan skrin penuh apabila dibuka, pastinya orang ramai tertanya-tanya mengenai ketahanan model ini apatah lagi mengetahui harganya yang mencecah $1,499 (~RM6,208).
Terbaharu, sebuah ujian telah dijalankan oleh pihak CNET dengan menggunakan mesin bagi membuka dan menutup Motorola Razr. Ujian yang disangka Motorola Razr mampu beroperasi dengan lancar selepas 100,000 lipatan seperti Samsung Galaxy Fold ternyata gagal apabila model ini mengalami masalah pada lipatan ke 27,000.
Ujian ini turut mendapat pihak Motorola selepas orang ramai skeptikal untuk mendapatkannya berdasarkan ketahanan yang ditawarkan. Pihak Motorola seterusnya mendakwa ujian yang dilakukan tidak seperti orang kebiasaan menggunakan telefon boleh lipat sekaligus menjadi punca model tersebut rosak.
Difahamkan pihak Motorola sendiri juga turut menjalankan ujian lipatan yang panjang sebelum mengesahkan model ini sedia untuk dijual buat para pengguna.
Ketahui juga lima jenama telefon pintar dengan perubahan terbesar sepanjang sedekad ini menampilkan beberapa jenama popular.
https://www.thevocket.com/5-jenama-telefon-pintar-dengan-perubahan-terbesar-sepanjang-sedekad-ini/
https://www.thevocket.com/kehadiran-semula-motorola-razr-generasi-terbaru-buatkan-orang-ramai-teruja/