Sejak Apple iPhone pertama kali dilancarkan oleh Steve Jobs, pelancaran Apple sememangnya dinantikan ramai khususnya peminat Apple. Gaya pelancaran yang menarik dan epik antara yang membuatkan orang ramai menyukainya.

Jika pada tahun lalu, aturcara ini diluaskan ke platform Twitter, pada kali ini Apple bakal turut menyiarkan aturcara mereka di YouTube. Usaha ini dibuat bagi meningkatkan lagi jumlah penonton yang menonton aturcara ini.

142128-phones-feature-apple-iphone-8-2017-event-how-to-watch-online-and-what-to-expect-image1-7skftoxven
Sumber: Pocket-lint

Untuk pengetahuan, pelancaran ini pernah ditawarkan secara eksklusif buat pengguna Apple yang menggunakan Safari sahaja sebelum diperluaskan kepada beberapa platform yang lain.

Menerusi aturcara pada tahun ini, para pengguna dijangka bakal diperkenalkan dengan tiga model terbaru Apple iPhone, iPad, Apple Watch serta beberapa lagi pembaharuan terbaru. Aturcara ini bakal berlangsung pada 11 September waktu Malaysia. Buat anda yang sedang bercadang untuk mendapatkan Apple iPhone terbaru, pastinya aturcara ini antara yang dinantikan.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang bakal dilancarkan Apple pada kali ini? Klik pautan dibawah untuk membacanya.

https://www.thevocket.com/apple-sahkan-pelancaran-iphone-11-bakal-diadakan-pada-11-september-waktu-malaysia/

https://www.thevocket.com/model-terbaru-apple-mungkin-dinamakan-sebagai-iphone-11-pro/

https://www.thevocket.com/pandang-pertama-apple-iphone-11-dengan-tiga-kamera-belakang/