Pelancaran Apple iPhone 9 Ditangguhkan Berikutan Wabak COVID-19

Pelancaran Apple sememangnya tidak pernah gagal dalam membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya. Apatah lagi apabila dilaporkan Apple dijangka memperkenalkan iPhone dengan harga di bawah RM2,000 pada kali ini.

Atur cara yang sebelum ini diumumkan Apple bakal dijalankan pada penghujung Mac ini walau bagaimanapun terpaksa ditangguhkan berdasarkan beberapa sumber sekaligus membuatkan iPhone 9 yang dinantikan ramai bakal dilancarkan lebih lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

Penangguhan atur cara ini sememangnya tidak mengejutkan ramai memandangkan beberapa syarikat teknologi lain yang bakal melancarkan produk juga turut mengambil langkah yang sama demi menjaga kesihatan pihak yang terlibat.

Dijangkakan atur cara ini bakal dijalankan dalam masa terdekat sekiranya keadaan kembali reda manakala penjualan Apple iPhone 9 pula bakal mula ditawarkan pada Jun 2020 ini. Berdasarkan penangguhan atur cara ini, kini hampir pasti Apple bersedia untuk melancarkan iPhone dan iPad terbaharu.

Dari segi spesifikasi, Apple iPhone 9 dijangka bakal menyertakan processor Apple A13 Bionic iaitu processor yang sama digunakan pada iPhone 11 Pro serta hadir dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding model iPhone yang lain.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan model terbaru iPhone ini dengan harga mampu milik, mungkin iPhone 9 antara model yang perlu anda nantikan.

Berdasarkan beberapa sumber, Apple iPhone terbaharu mungkin bakal ditawarkan dengan harga di bawah RM2,000 sahaja. 

https://www.thevocket.com/iphone-9-mungkin-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm1600-sahaja/

https://www.thevocket.com/ini-mungkin-rekaan-iphone-9-yang-bakal-dijual-dengan-harga-tidak-sampai-rm2000/

Exit mobile version