Pelaksanaan 5G sememangnya bukan kerja mudah dan perlu menempuh proses yang panjang sebelum ia boleh dilaksanakan dengan jayanya. Tambahan pula, pelaksanaan 5G di peringkat negara sudah pasti bakal membabitkan pelbagai pihak yang perlu mendapatkan kata putus dalam membuat sebarang keputusan menerusinya.

Terbaharu, pelaksanaan 5G di Malaysia secara menyeluruh mungkin akan tertangguh lagi walaupun syarikat telekomunikasi, Digital Nasional Berhad serta SKMM dijangka dapat mencapai kata sepakat dan persetujuan yang memuaskan semua pihak menjelang Jun 2022 hadapan.

Sumber Gambar: FMT

Menerusi penganalisa Kenanga Research, syarikat telekomunikasi terutamanya masih mengambil pendekatan berwaspada terhadap perancangan 5G termasuklah masih meneliti model Rangkaian Borang Tunggal (SWN) atas beberapa faktor.

Antara faktor yang dimaksudkan adalah melibatkan persetujuan harga dan tahap perkhidmatan yang mana masih timbul kegusaran terhadap sambungan 5G yang berpotensi lemah pada awal pelaksanaan yang mungkin boleh menjejaskan reputasi syariakt telekomunikasi yang terlibat.

Dalam masa yang sama, ia menjangkakan penggunaan 5G di Malaysia akan perlahan memandangkan hanya kira-kira 10% daripada jumlah pengguna mudah alih menggunakan infrastruktur DNB iaitu Unifi dan YES. Malah, masih timbul isu keserasian peranti yang tidak boleh menyokong rangkaian 5G yang disediakan.

Bagaimanapun, sebahagian pengguna tempatan berharap agar pihak berkaitan untuk memperluaskan infrastruktur 5G terlebih dahulu sementara menunggu kata putus pada Jun ini. Hal ini sekaligus mempercepatkan lagi proses penawaran rangkaian 5G yang diidamkan pengguna tempatan.

Pada awal bulan lalu, pihak DNB telah pun dalam proses perancangan pembangunan tapak 5G baharu di beberapa negeri terpilih.

DNB Dalam Proses Pembangunan Tapak 5G Baharu Di Beberapa Buah Negeri Luar Kuala Lumpur

Kerajaan Minta Syarikat Telekomunikasi Naik Taraf Liputan Dan Perkhidmatan Demi Kepentingan Pengguna

Sumber