Pada Belanjawan 2022 lalu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah bajet khas dalam menawarkan tablet secara percuma kepada pelajar IPTA dan IPTS yang terpilih bagi tujuan pembelajaran. Inisiatif ini dibawakan di bawah program Peranti Siswa.

Terbaharu, kerajaan memaklumkan tablet percuma ini boleh dimohon bermula pertengahan April 2022 ini. Tablet ini kemudiannya dijangka disediakan dan diberikan kepada para pelajar menjelang Jun 2022 kelak.

Tablet percuma ini akan ditawarkan untuk semua pelajar semua penuh dari keluarga B40 dan dianggarkan sebanyak 600,000 pelajar bakal boleh memanfaatkannya.

Kerajaan telah pun memperuntukkan sekitar RM450 juta dengan anggaran RM750 untuk setiap seorang. Selain itu, syarikat telekomunikasi turut dijangka terlibat dengan penawaran pakej Peranti Siswa ii terdiri daripada Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL.

Sama-sama kita nantikan maklumat susulan yang bakal dikongsikan oleh kerajaan untuk mengetahui cara membuat permohonan serta tarikh terperinci tidak lama lagi.

Sementara itu, kerajaan juga sedia menawarkan peluang sertai bisnes dalam talian untuk meningkatkan pendapatan terutamanya menjelang bulan puasa ini.

Mahu Bantu Tingkatkan Pendapatan, Kerajaan Sasarkan 20,000 Usahawan Luar Bandar Sertai Aplikasi eDesa

Kerajaan Minta Syarikat Telekomunikasi Naik Taraf Liputan Dan Perkhidmatan Demi Kepentingan Pengguna

Sumber