Sebut sahaja mengenai kriptowang pasti orang ramai akan membincangkan mengenai Bitcoin atau peningkatan harganya yang menguntungkan para pelabur.

Dalam pada itu, siapa sangka pelaburan kriptowang ini juga mampu merugikan para pelabur jika dilabur tanpa ilmu. Situasi ini nyata berlaku pada sebuah kriptowang SQUID di mana kriptowang ini diinspirasikan oleh siri popular Squid Game.

Untuk pengetahuan, kriptowang SQUID ini baru sahaja diperkenalkan pada 26 Oktober lalu dan mulai ditawarkan pada harga sekitar $0.01 (~RM0.042) seunit sebelum meningkat kepada $4.42 (~RM18.36) dalam tempoh tiga hari sahaja.

Berita mengenai pengenalan kriptowang SQUID ini sekaligus membuatkan orang ramai serta para pelabur mulai mengenal kriptowang yang sedang popular ini yang secara tidak langsung meningkatkan nilai SQUID kepada $2,861 (~RM11,886) seunit.

Disangka harga SQUID terus meningkat, siapa sangka pencipta awal kriptowang ini memilih untuk ‘scam’ 43,000 pelabur dengan memadam laman rasmi serta akaun media sosial mereka.

Bukan itu sahaja, sebuah situasi dinamakan sebagai rug pull telah berlaku di mana pencipta awal kriptowang tersebut telah menjual kriptowang SQUID sekaligus membuatkan nilai SQUID menurun daripada $2,861 (~RM11,886) kepada $0.007 (~RM0.29) dalam tempoh lima minit sahaja.

Mesej terakhir yang dimaklumkan pasukan di sebalik SQUID kepada para pelabur adalah pihak mereka tidak lagi berminat untuk meneruskan projek berkenaan gara-gara diserang oleh para scammer yang membuatkan mereka mengalami stress.

Pencipta kriptowang dilaporkan berjaya meraih ‘keuntungan’ sebanyak $3.3 juta (~RM13.71 juta) daripada kriptowang yang diperkenalkan kurang daripada sebulan ini.

Insiden yang berlaku ini sekaligus menjadikan kisah kriptowang SQUID sebagai antara kisah scam yang besar dalam sejarah kriptowang. Menurut CNBC, terdapat seorang pelabur telah menanggung rugi yang besar setelah menggunakan wang insuran beliau bernilai $28,000 (~RM116,326) untuk ‘melabur’ kepada kriptowang ini.

Oleh yang demikian, para pelabur dinasihatkan untuk mendapatkan ilmu secukupnya serta berhati-hati sebelum membuat sebarang pelaburan. Terdapat pelbagai kriptowang yang mampu menjana keuntungan yang tinggi serta bebas daripada isu melibatkan scam.

Tular pada minggu lalu apabila 50 pelajar di Kelantan terpaksa menanggung rugi sekitar RM200,000 angkara terlibat dengan skim kriptowang.

Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang

Bernilai Hampir RM24,000, Irfan Khairi Kongsi Model iPhone 13 Pro Max Yang Dijual Di Dubai

Sumber