Sebut mengenai Apple pastinya orang ramai cukup tahu dengan polisi syarikat ini yang menawarkan barangan elektronik berkualiti tinggi buat para pengguna. Walau bagaimanapun, syarikat ini juga nampaknya tidak terlepas daripada tindakan pihak ketiga yang cuba menghasilkan iPhone dengan komponen yang tidak diluluskan pihak kilang.
Untuk pengetahuan, iPhone sejak beberapa tahun terakhir ini sangat mementingkan para penggunannya untuk menggunakan komponen dan bateri yang original bagi memastikan prestasi yang sempurna.
Penggunaan komponen tanpa kelulusan pihak kilang ini ternyata mengejutkan ramai apabila software iPhone dikatakan gagal untuk mengesannya berikutan sangat mirip dengan original. Lebih mengejutkan, projek penghasilkan iPhone ‘klon’ atau dengan komponen reject ini sudah berlarutan selama tiga tahun dan berjumlah NTD1.3 bilion (~RM173.4 juta).
Menurut Taiwan News, terdapat pihak ketiga yang bekerjasama dengan pihak pengurusan Foxconn bagi membenarkan komponen yang tidak diluluskan kilang ini dikeluarkan serta dipasang pada iPhone.
Projek yang berlarutan selama tiga tahun dan bernilai ratusan juta ini akkhirnya diketahui Apple dan Tim Cook dan kini sedang dalam siasatan. Kes ini tenyata mengejutkan ramai memandangkan Foxconn merupakan sebuah kilang di China yang mempunyai sekuriti yang ketat.
Oleh yang demikian, para pengguna diminta untuk lebih berhati-hati sebelum mendapatkan iPhone dan dinasihatkan untuk mendapatkannya daripada pihak penjualan Apple yang sah bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ketahui lebih lanjut bagaimana kilang Foxconn berjaya berkembang menguasai industri elektronik dunia. Turut dikongsikan, pelan Apple yang memilih untuk membuka kilang di India.
https://www.thevocket.com/bagaimana-foxconn-berkembang/
https://www.thevocket.com/selepas-china-apple-memilih-india-sebagai-kilang-pemasangan-iphone/